Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Soal Jawab Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia

Mar 19, 2020 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Kerja Khas Singapura-Malaysia bagi Covid-19 telah ditubuhkan untuk menyelaraskan aliran berterusan bagi barangan, kargo dan bekalan makanan antara Singapura dengan Malaysia.



Berikut antara soalan lazim yang dikemukakan:



Bolehkah rakyat Singapura yang kini berada di Malaysia keluar dari negara itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?



Ya, tetapi mereka harus bersedia untuk menghadapi kesulitan yang ketara bagi perjalanan tersebut akibat sekatan-sekatan; dan tidak akan dibenarkan masuk semula ke Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.



Adakah rakyat Singapura dibenarkan masuk ke Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?



Semua rakyat asing yang tidak bekerja di bawah "perkhidmatan penting" di Malaysia tidak akan dibenarkan masuk.



Adakah khidmat penerbangan akan beroperasi dari Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?



Berdasarkan maklumat sedia ada, banyak syarikat masih mengendalikan penerbangan dari Malaysia.



Sila dapatkan maklumat dari syarikat-syarikat penerbangan ini.



Saya merupakan pemegang pas jangka panjang di Malaysia dan telah pulang ke negara asal saya sebelum perintah ini dikeluarkan. Adakah saya dibenarkan kembali ke Malaysia bagi tujuan kerja semasa tempoh sekatan?



Hanya migran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting di negara sahaja yang dibenarkan masuk semula ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini.



Migran asing tersebut perlu mendapatkan surat pengesahan daripada majikan masing-masing dan dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia semasa berada di pintu masuk.



Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan berulang-alik ke pejabat di Singapura?



Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individu yang berada di dalam negara.



Dalam hal ini, atas dasar keselamatan masyarakat, mana-mana individu yang bekerja di negara jiran, tetapi tinggal di Malaysia tidak dibenarkan keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing-masing berkenaan perkara ini.



Saya telah membuat perancangan untuk bercuti di Malaysia dan membuat pembayaran sepatutnya. Adakah saya masih boleh meneruskan percutian saya?



Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang pergi ke mana-mana tempat, termasuk pusat peranginan untuk kegiatan sosial dan jika kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara berkaitan perkhidmatan penting negara.



Anda dinasihatkan agar tidak meneruskan percutian anda.



Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Adakah saya boleh meminta wang saya dikembalikan?



Orang ramai digalakkan berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang dibuat sebelum perintah ini diumumkan.



Bagaimana dengan pelajar yang menginap di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, khususnya pelajar luar negara?



Semua pelajar IPT awam dan swasta diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.



Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal sepanjang tempoh ini.



Pelajar yang pulang ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.



Pelajar asing yang mengambil keputusan untuk terus berada di negara ini dan menginap di kemudahan IPT awam dan swasta perlu melaporkan kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada perintah yang berkuat kuasa.



SUMBER: Majlis Keselamatan Negara dan go.gov.sg/mco




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >