Sokong semarakkan bahasa ibunda, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Sokong semarakkan bahasa ibunda

Nov 18, 2018 | 05:30 AM

Lima guru Bahasa Melayu telah diberikan Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) tahun ini. Anugerah tersebut mengiktiraf usaha dan sumbangan cemerlang guru-guru dalam menggalak pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar mereka. Diadakan di Grand Ballroom Orchid Country Club pada 10 November lalu, majlis penyampaian Agab 2018 dianjurkan bersama oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC). Ikuti laporan wartawan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) yang menemubual kelima-lima penerima Agab 2018.

DENGAN penggunaan bahasa Inggeris yang lebih dominan dalam kehidupan hari ini, bahasa Melayu atau bahasa ibunda lain tidak harus diketepikan malah perlu diberi kepentingan.

Proses pembelajaran bahasa ibunda di Singapura juga harus sentiasa difikirkan agar ia kekal relevan dan hidup.

Demikian ditekankan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim selepas majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) 2018 Sabtu lalu.

"Kita harus sentiasa memikirkan bagaimana proses pembelajaran bahasa ibunda kita semakin relevan dan hidup dalam kehidupan anak-anak kita.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Justeru pemerintah akan terus memberi sokongan yang padu kepada semua golongan masyarakat yang mempelajari bahasa ibunda," ujar Dr Faishal.

Beliau turut melahirkan rasa gembira melihat lebih ramai di kalangan masyarakat tampil ke hadapan untuk memberi semangat dan sokongan yang kuat terhadap usaha menggunakan bahasa Melayu.

"Kita perlukan sokongan daripada semua pihak - ibu bapa, guru-guru, masyarakat dan pemerintah.

"Hari ini kita dapat lihat semua berganding bahu...demi kebaikan anak-anak kita," tambah beliau.

Sementara itu, penggunaan teknologi untuk mengajar bahasa ibunda juga merupakan perkara yang baik yang perlu diteruskan. Memberi ulasannya, Dr Faishal berkata:

"Saya gembira guru-guru kita terbuka mendampingi teknologi.

"Untuk mengekalkan kerelevanannya dan membuatkan bahasa Melayu itu aktif dan hidup dalam proses pembelajaran, ini diperlukan."

Malah Dr Faishal menggalak guru-guru Bahasa Melayu untuk terus memikirkan cara memanfaatkan penggunaan teknologi secara lebih mendalam lagi bagi membantu pengajaran mereka.

Selain guru, beliau juga menyentuh tentang kepentingan penglibatan ibu bapa dalam menggalak penggunaan bahasa ibunda dalam anak-anak mereka.

"Ibu bapa dapat meneruskan proses pembelajaran di rumah. Ini boleh mendatangkan manfaat kepada anak-anak kita kerana mereka dapat melihat mereka boleh gunakan Bahasa Melayu di sekolah, rumah dan dalam masyarakat," katanya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map