Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan $40 juta buat pemandu teksi, kereta sewa privet bagi tempoh 3 bulan

Jun 10, 2021 | 09:11 PM



PEMANDU kereta sewa privet dan teksi akan menerima sokongan tunai bagi tiga bulan lagi mulai Julai.



Ini dapat dilaksanakan apabila pemerintah memperuntukkan tambahan $40 juta untuk menyokong mereka dalam keadaan kadar penumpang yang rendah dalam tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat).



Pemandu akan menerima $300 setiap bulan bagi setiap kenderaan mulai Julai selama dua bulan dan $150 setiap bulan bagi setiap kenderaan dalam bulan ketiga.



Ini sama seperti $10 sehari bagi 60 hari pertama dan $5 sehari bagi 30 hari seterusnya.



Sokongan tambahan ini akan dapat dimanfaatkan lebih 50,000 pemandu, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Khamis (10 Jun).



Pemandu yang sudah menerima Dana Bantuan Pemandu Covid-19 (CDRF) akan menerima bayaran lanjutan sementara pemandu kereta sewa privet yang memasuki sektor ini pada atau sebelum 31 Mei akan diberitahu operator masing-masing bagi kelayakan mereka, jelas LTA.



Singapura akan secara bertahap-tahap dibuka semula pada 14 Jun tetapi beberapa langkah seperti bekerja dari rumah sebagai aturan yang kekal akan terus menjejas kadar penumpang kereta sewa privet dan teksi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >