SEKITAR RAMADAN
Sokongan asatizah buat ustaz muda lebih yakin jadi imam
May 22, 2019 | 05:30 AM
GEMENTAR. Itulah perasaan Ustaz Hanan Farihin Jasmani ketika beliau kali pertama menggalas tanggungjawab sebagai imam untuk mengerjakan solat tarawih.
Apakan tidak! Sewaktu itu usianya baru 19 tahun, dan baru selesai pengajian prauniversiti dua di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.