Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan badan masyarakat, negara kunci pencapaian: Masagos

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



SEMANGAT gotong-royong melibatkan pelbagai pihak termasuk pemerintah dan masyarakat telah memacu kejayaan masyarakat Melayu/Islam selama ini.



Semasa mengulas tentang ucapan bahasa Melayu Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong di Rapat Hari Kebangsaan kelmarin yang antara lain menarik perhatian rangkaian kukuh badan masyarakat yang komited terhadap kemajuan orang Melayu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggariskan tiga ciri penting sedang Yayasan Mendaki menyambut ulang tahunnya yang ke-40 tahun ini.



Ini termasuk sumbangan pemerintah dalam membangunkan dan memberi kejayaan yang bermakna kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura serta usaha masyarakat bergerak meraih pencapaian yang bermakna melalui pendidikan.



Tambahnya, individu yang telah berjaya juga kembali menyumbang untuk terus membantu mempertingkat masyarakat.



"Ini merupakan satu lingkaran yang sangat baik kerana mereka yang berjaya faham bahawa mereka bukan sahaja berjaya kerana kepintaran mereka sendiri tetapi ia juga hasil sokongan sistem, negara dan masyarakat," ujar Encik Masagos.



Sejak ditubuhkan, Mendaki telah membantu masyarakat Melayu/Islam memberi penekanan kepada pendidikan sebagai kunci kemajuan sosio-ekonomi.



Hasil usahanya, hampir 500 pelajar telah berjaya menerima Anugerah Cemerlang Mendaki sepanjang dekad yang lalu berbanding hanya segelintir sahaja bagi 10 tahun pertama Mendaki ditubuhkan.



LAPORAN SELANJUTNYA: Masagos: Keupayaan bentuk identiti Muslim SG sumbang kepada kejayaan negara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >