Sokongan bagi murid kurang bernasib baik akan bermula seawal prasekolah: Maliki, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN: TINGKAT MARTABAT MASYARAKAT MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN PERUMAHAN

Sokongan bagi murid kurang bernasib baik akan bermula seawal prasekolah: Maliki

80 peratus pelajar program Uplift tunjuk prestasi lebih baik daripada sebelum sertai program itu
Aug 31, 2021 | 05:30 AM

SOKONGAN bagi murid-murid akan dipertingkat lagi bermula di peringkat prasekolah untuk memastikan kanak-kanak daripada latar belakang kurang bernasib baik boleh berada di landasan yang setaraf dengan rakan mereka yang lain.

Ini termasuk meningkatkan sokongan celik huruf dan angka serta penjagaan menyeluruh bagi mereka.

Menyatakan demikian kelmarin, Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, menjelaskan bahawa sumber-sumber dalam masyarakat, sekolah dan agensi perkhidmatan sosial akan dimanfaatkan bagi mencapai tujuan tersebut.

Dr Maliki menerajui program Pasukan Bertindak bagi Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (Uplift)

Menyentuh tentang program Uplift yang diterajuinya itu, Dr Maliki berkata 80 peratus pelajar dalam program tersebut sudah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada sebelum mereka memasuki program itu.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Kami sedang membuat rancangan untuk meningkatkan Uplift dan meluaskannya ke kawasan-kawasan lain tetapi ini masih dalam perbincangan dan akan kami umumkan tidak lama lagi," katanya.

Program Uplift menyediakan bantuan awal dan berterusan bagi pelajar-pelajar kurang bernasib baik daripada semua kaum demi meningkatkan pencapaian pendidikan mereka.

Ia kini melibatkan pelajar di kawasan Woodlands, Kreta Ayer, Boon Lay dan Bukit Merah.

Selain program tersebut, Dr Maliki turut menjelaskan rancangan bagi membantu para pelajar menerusi Projek DIAN@M³.

Selain membantu keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa memanfaatkan program sokongan pemerintah dan menjadi pemilik rumah, projek itu juga mahu membantu anak-anak dalam keluarga-keluarga ini dalam pendidikan mereka.

"Kita ingin berikan sokongan yang menyeluruh atau 'wraparound' di mana kita akan menilai apakah keperluan mereka dari segi pekerjaan, kemahiran dan juga bagi anak-anak mereka sebab kita tahu sebahagian ibu bapa ini mungkin mempunyai cabaran dari segi bagaimana mereka mengasuh anak-anak mereka.

"Bukan sahaja MOE (Kementerian Pendidikan) akan membantu anak-anak ini meningkatkan keupayaan dari segi pendidikan, kita akan menyalurkan mereka kepada program-program masyarakat seperti KelasMateMatika dan kelas tuisyen Yayasan Mendaki dan AMP.

"Kita juga akan melihat bagaimana sukarelawan kita boleh menjadi mentor kepada mereka," ulas Dr Maliki.

Beliau menambah bahawa antara tugas utama lain termasuk memastikan anak-anak kecil daripada keluarga yang tinggal di flat sewa yang perlu ke sekolah akan dibantu masuk ke prasekolah.

"Kami dapati ramai daripada anak-anak daripada keluarga ini (keluarga yang tinggal di flat sewa) tidak menghadiri prasekolah dan ini akan menjadi satu kerugian bagi mereka," tekannya.

Menghadiri prasekolah membolehkan kanak-kanak ini menerima sokongan baik yang diperlukan agar apabila mereka melangkah ke Darjah Satu, mereka akan berada di taraf yang sama seperti rakan-rakan lain yang mungkin lebih beruntung dari segi sosial dan kewangan, jelas beliau.

"Usaha Uplift ini bukan sahaja dari segi akademik malah juga penjagaan holistik.

"Apa yang kami rancangkan ialah untuk terus memanfaatkan sumber dalam masyarakat, bekerjasama dengan badan-badan perkhidmatan sosial, bahkan kami mempunyai penyelaras peringkat bandar yang membantu menyelaras sumber-sumber yang diperlukan untuk membantu keluarga-keluarga ini secara menyeluruh," kata Dr Maliki.


PROGRAM UPLIFT BUKAN SEKADAR AKADEMIK, MALAH HOLISTIK

"Bukan sahaja MOE akan membantu anak-anak ini meningkatkan keupayaan dari segi pendidikan, kita akan menyalurkan mereka kepada program-program masyarakat seperti KelasMateMatika dan kelas tuisyen Yayasan Mendaki dan AMP."

- Dr Maliki Osman, Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar.

MASYARAKAT GEMBLENG TENAGA SALING BANTU

"Kami akur banyak lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemajuan kita. Mendaki bersama M3 dan juga badan-badan Melayu lain akan bekerjasama dengan masyarakat untuk hulurkan tangan kepada masyarakat kita yang memerlukan.
Umpanya melalui Projek DIAN kami akan mempertingkatkan inisiatif kami mengenal pasti keluarga mana yang memerlukan misalnya dalam pelajaran anak-anak mereka.
Kami juga akan bekerjasama dengan agensi masyarakat seperti SSG (SkillsFuture Singapura) dan WSG (Agensi Tenaga Kerja Singapura) untuk menolong keluarga mereka yang memerlukan seperti dalam hal pekerjaan."

- Cik Zuraida Abdullah, CEO Yayasan Mendaki.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map