Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi pasangan, kanak-kanak hadapi tekanan ditawar agensi khidmat sosial

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



PASANGAN serta kanak-kanak dalam keluarga yang menghadapi tekanan atau sedang melalui perceraian, boleh mendapatkan sokongan menerusi pelbagai program yang ditawarkan agensi-agensi perkhidmatan sosial.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyenaraikan pelbagai sokongan itu dalam kenyataan mereka semalam mengenai kajian pertama di Singapura tentang kesan perceraian dari generasi ke generasi.



Kajian itu mendapati bahawa perceraian boleh menjejas kanak-kanak secara negatif meskipun setelah mereka menjejaki alam dewasa, dari segi pendidikan, kewangan dan hubungan.



"Untuk mengurangkan kesan perceraian ke atas anak-anak, langkah campur tangan awal untuk membantu pasangan membina perkahwinan kukuh, serta campur tangan untuk membantu kanak-kanak menyesuaikan diri kepada kehidupan setelah perceraian ibu bapa mereka adalah penting," menurut laporan itu.



Antara lain, MSF telah melantik enam Agensi Pakar Sokongan Perceraian (DSSA) untuk memberi sokongan khusus kepada keluarga yang sedang atau sudah bercerai.



DSSA menyediakan pelbagai sokongan seperti Program Keibubapaan Mandatori, serta beberapa program lain yang membantu ibu bapa bercerai membesarkan anak bersama (co-parent), dan bagi kanak-kanak untuk mengurus aspek psiko-pendidikan dalam perceraian ibu bapa mereka.



DSSA yang dikhususkan bagi pasangan Islam ialah Pusat Sokongan Keluarga PPIS As-Salaam di Blok 41 Chai Chee Street.



Pasangan Islam yang merancang untuk bercerai pula perlu menghadiri Program Kaunseling Perkahwinan (MCP) mandatori yang dikendali Mahkamah Syariah bersama agensi masyarakat.



Program itu bertujuan mendapatkan pasangan untuk rujuk kembali tetapi jika perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan, kaunselor akan berusaha untuk membantu pasangan itu bercerai secara baik.



Bagi ibu bapa yang mempunyai anak, kaunselor akan membantu mereka melakar pelan pascaperceraian untuk membesarkan anak bersama.



Sementara itu, MSF juga akan memperkenalkan satu portal dalam talian pada hujung tahun depan untuk menyediakan sokongan bagi pasangan dengan anak muda, yang merancang untuk bercerai.



Portal itu akan menyediakan maklumat relevan yang perlu dipertimbangkan demi kebaikan anak mereka.



Pasangan Muslim pula akan mengakses kandungan serupa menerusi portal Mahkamah Syariah apabila siap nanti.



Pasangan yang ingin mendapatkan bantuan bagi isu perkahwinan, keibubapaan dan perceraian pula boleh menghubungi Kaunseling Dalam Talian Hab Psikologi Masyarakat (CPH) di www.cphonlinecounselling.sg



Dilancarkan April lalu, program perintis dua tahun itu menawarkan kaunseling dalam talian percuma oleh kaunselor profesional.



Pasangan yang lebih selesa melalui kaunseling secara bersemuka boleh mengunjungi pusat kaunseling atau Pusat Khidmat Keluarga dalam masyarakat.



Dalam kenyataan itu lagi, MSF berkata pihaknya juga bekerjasama rapat dengan rakan masyarakat untuk memperkukuh keluarga dan menyokong keluarga dalam pelbagai tahap kehidupan.



Antara lain, program persiapan perkahwinan membantu pasangan untuk meraih kemahiran komunikasi dan huraian konflik bagi membina perkahwinan yang kukuh.



MSF juga berganding bahu dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) untuk membawakan program pendidikan keluarga seperti program Cinta Abadi yang membincangkan topik perkahwinan dan keibubapaan.



Program Bersamamu oleh M3 pula melibatkan pemimpin keagamaan atau Kadi dan Naib Kadi yang memberi nasihat dan sokongan kepada pasangan mengenai alam perkahwinan dan keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >