Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN

Sokongan bagi pelancongan diteruskan di tengah Covid-19

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



HOTEL, ejen pelancongan dan pemandu pelancong tidak perlu membayar yuran lesen hingga akhir tahun ini, kerana pengecualian bayaran itu dilanjutkan sebagai sebahagian usaha menyokong sektor pelancongan yang terjejas oleh pandemik Covid-19.



Ini dinyatakan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, di Parlimen semalam semasa menjawab Anggota Parlimen (AP) mengenai sokongan bagi sektor itu, yang terus dibelenggu sekatan perjalanan di seluruh dunia.



Beliau berkata sekitar 7,000 perniagaan pelancongan telah memanfaatkan Skim Bantuan Pekerjaan tahun lalu, dan perusahaan di sektor itu akan mendapat sokongan gaji yang dilanjutkan hingga September ini.



Menurut Encik Tan lagi, kempen dan skim baucar SingapoRediscovers (SRV), yang bertujuan memberi suntikan kepada sektor pelancongan, akan terus menggalak warga Singapura menyokong perniagaan tempatan.



Pemerintah sedang memantau maklum balas mengenai skim SRV dan meninjau cara meningkatkannya.



"Sedang ketibaan pelawat antarabangsa akan terus kekal lemah tahun ini, permintaan domestik penting bagi menyokong perniagaan pelancongan," kata beliau.



Satu wadah baru bagi pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan mewujudkan dan mengkaji huraian baru, yang bertujuan meningkatkan penggunaan teknologi, akan turut diperkenal tahun ini.



Penggunaan teknologi semakin penting dalam krisis Covid-19, kata Encik Tan.



Sektor pelancongan sendiri telah menggunakan teknologi baru untuk melakukan perubahan.



Encik Tan memberi contoh acara Pesta Fintech Singapura x Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura yang beralih menjadi satu acara hibrid.



Industri pertumbuhan tinggi, seperti teknologi makanan pertanian, juga telah muncul dengan penggunaan teknologi, katanya.



Skim pembiayaan dan pendanaan seperti Dana Transformasi Kelompok Agrimakanan pula disediakan untuk membantu syarikat kecil dan sederhana menembusi sektor agrimakanan, kata Encik Tan.



Dalam ucapannya, Encik Tan turut menyentuh tentang pembangunan bakat dalam usaha transformasi.



Menjawab soalan Cik Jessica Tan (GRC East Coast) dan Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) mengenai usaha memupuk bakat teknologi tempatan, Encik Tan merujuk kepada usaha pemerintah, institusi pengajian tinggi (IHL) dan sektor swasta.



Ini termasuk Program TechSkills Accelerator (TeSA) yang membekalkan individu dengan kemahiran teknologi baru, dan membantu syarikat meningkatkan kemahiran pekerja dan menggajikan karyawan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >