DEMI membantu sektor infokom media tempatan merebut peluang industri perkhidmatan yang sedang membangun dengan pesat, beberapa inisiatif telah dilancarkan oleh Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) hari ini.
Inisiatif-inisiatif tersebut dirangkumkan di bawah Peta Teknologi Ekonomi Digital (Digital Economy Technology Roadmap) yang dilancarkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan Encik S Iswaran di acara Hari Industri Digital SG di Pusat Konvensyen Suntec City pagi tadi.
Peta tersebut membentangkan usaha membantu Singapura memanfaatkan trend teknologi baru.
Ia juga bertujuan mengubah sektor infokom media untuk menyediakan khidmat yang lancar tanpa hambatan dan dapat menjangkakan keperluan pelanggan.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Sokongan bagi sektor media infokom manfaat teknologi baru
Nov 22, 2018 | 01:30 PM