Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi warga, niaga tangani kenaikan harga

Lawrence: Beberapa inisiatif diumum semasa Belanjawan akan dilaksana lebih awal
Apr 05, 2022 | 05:30 AM



LEBIH banyak langkah sokongan akan dilaksana bagi membantu warga Singapura menghadapi kenaikan harga barangan, manakala beberapa inisiatif diumumkan semasa Belanjawan Negara akan dilaksanakan lebih awal, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Sehubungan itu, beliau mendedahkan semua isi rumah warga Singapura akan menerima baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $100 pada pertengahan bulan depan.



Baucar itu juga merupakan tambahan dari $100 diberikan pada Disember tahun lalu bagi membantu warga dengan perbelanjaan harian.



Dalam Kenyataan Menteri di Parlimen semalam bagi menangani inflasi tinggi dan kos perniagaan yang meningkat, Encik Wong berkata pemerintah akan melaksanakan tindakan segera bagi membantu keluarga, dengan bantuan lebih banyak bagi golongan berpendapatan rendah serta para peniaga.



"Saya memahami keprihatinan kebanyakan isi rumah dan perniagaan mengenai situasi sekarang... saya akan mempercepatkan pelaksanaan langkah (yang diumumkan semasa) Belanjawan seboleh mungkin,'' kata Encik Wong, memberikan respons terhadap 15 soalan diajukan Anggota Parlimen (AP) berkaitan kesan inflasi dan sama ada pemerintah bakal mempertingkat langkah bantuan yang diumumkan semasa Belanjawan tahun ini.



Isi rumah juga bakal menerima rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) dan U-Save bulan ini. Rebat U-Save dan S&CC seterusnya bakal diagihkan pada Julai dan Oktober tahun ini dan Januari tahun depan.



Bagi membantu keluarga berpendapatan rendah, semua pemohon bantuan jangka pendek dan sederhana ComCare antara bulan ini hingga September, akan diberi sokongan sekurang-kurangnya enam bulan dari pejabat khidmat sosial.



Isi rumah yang sudah pun mendapat bantuan ini boleh mendapatkannya untuk lanjutan sekurang-kurangnya tiga bulan jika mereka memerlukan lebih banyak bantuan.



Sementara itu, dalam usaha membantu perniagaan menghadapi kesan inflasi, Encik Wong mempercepatkan pengagihan Geran Pemulihan Perniagaan Kecil, yang memberikan sokongan hingga $10,000 kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) yang terjejas teruk akibat sekatan Covid-19 sepanjang tahun lalu.



Perniagaan yang layak boleh menerima geran tersebut pada Jun tahun ini, katanya. Sebelum ini, diumumkan bahawa perniagaan yang layak menerima geran tersebut hanya akan diberitahu mulai Jun.



"Kita perlukan lebih banyak masa untuk memberi ruang bagi langkah-langkah ini untuk dilaksanakan, sebelum kita boleh memantau kesannya, menilai situasi secara keseluruhan dan kemudian mempertimbangkan langkah tambahan yang perlu diambil," katanya.



Menyentuh tentang langkah bantuan khas bagi perniagaan, Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, berkata peniaga bakal menerima lebih banyak bantuan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga elektrik dan membantu mereka mencari huraian lebih mampan dan jimat tenaga.



"Pemerintah akan bantu meredakan turun naik tidak menentu pada harga tenaga, namun untuk jangka masa panjang, harga elektrik akan mencerminkan kos perolehan dan pengeluaran.



"Pemerintah tidak boleh mengekalkan harga domestik elektrik lebih rendah berbanding harga global, yang perlu dibayar Singapura untuk mendapatkan bekalan tenaga,'' kata Dr Tan, membentangkan Kenyataan Menteri semalam.




DARI PARLIMEN






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >