Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan Bajet perkasa pengamal budaya rebut peluang

Seniman batik Sarkasi dirai Jamiyah atas penerimaan Pingat Budaya 2020
Feb 23, 2021 | 05:30 AM



PENINGKATAN dan pelanjutan Pakej Daya Tahan Seni dan Budaya yang diumumkan dalam Belanjawan baru-baru ini akan membantu meletak pengamal budaya di Singapura dalam kedudukan lebih baik untuk merebut peluang pada masa depan, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Bercakap tentang cabaran jangka panjang yang dihadapi sektor itu, yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19, Encik Tong berkata Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) komited menyokong seni dalam tempoh mencabar ini kerana seni dapat memberi ketenangan dan inspirasi buat semua orang, pada masa senang dan lebih-lebih lagi pada masa sukar.



Encik Tong menyatakan demikian semalam pada majlis ucapan tahniah anjuran Jamiyah Singapura bagi seniman batik, Encik Sarkasi Said, atas pengurniaan Pingat Budaya 2020 - penghormatan seni tertinggi di Singapura - kepada beliau.



Encik Tong berkata sumbangan Encik Sarkasi melangkaui seni.



"Beliau mengongsi pengetahuan dan kemahirannya dengan lelaki dan wanita muda, ramai dalam kalangan mereka daripada latar belakang kurang bernasib baik.



"Selama beberapa tahun, Encik Sarkasi menyumbang secara sukarela sebagai guru seni untuk penghuni rumah kebajikan yang diuruskan oleh Jamiyah Singapura dan pusat pemulihan lain," katanya.



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, dalam ucapan Belanjawannya berkata pemerintah memperuntuk $45 juta untuk melanjutkan dan mempertingkat pakej sokongan itu dan Pakej Daya Tahan Sukan bagi menyokong perusahaan dan individu yang bekerja sendiri dalam sektor tersebut.



Peningkatan jumlah itu akan menyokong pembangunan keupayaan dan transformasi sektor bagi menggalak masyarakat memperdalam kemahiran mereka, mendakap pendigitalan dan mengubah model perniagaan.



Presiden Jamiyah, Profesor (Adj) Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, dalam ucapannya berkata majlis ucapan tahniah itu adalah cara pertubuhan tersebut memberi penghormatan kepada ikon dan pelopor budaya kebangsaan.



"Dihargai ramai sebagai pelopor lukisan batik di Singapura, teknik melukis batik beliau yang istimewa telah menjadikannya terkenal di persada antarabangsa," kata Dr Hasbi.



Beliau menambah bahawa Encik Sarkasi juga sedia membantu Jamiyah, misalnya menghiasi beg cenderahatinya dengan motif anggerik.



Encik Sarkasi bersama anaknya, Cik Imelda Zahry, juga menganjurkan sesi latihan dan bengkel batik bagi penghuni Rumah Tumpangan Kanak-Kanak, Rumah Orang-Orang Tua dan Rumah Rawatan kendalian Jamiyah.



"Latihan, pemantauan dan kemahiran yang diturunkannya kepada mereka telah membuahkan hasil: beberapa karya seni batik yang dipamerkan oleh rumah-rumah tumpangan itu semasa acara dan program penting dihasilkan oleh para penghuni mereka sendiri," kata Dr Hasbi.



*Artikel ini telah dikemas kini bagi menambah ketepatannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >