Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan buat staf TTSH dari penduduk, relawan dan firma

May 13, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK, relawan dan syarikat dari Daerah North West dan Central Singapura telah, melalui inisiatif berbeza, menunjukkan sokongan kepada kakitangan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) sedang hospital itu terus berusaha memerangi pandemik Covid-19.



Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West bersama pasukan Heart of Yew Tee semalam memberi 12,000 pekerja barisan hadapan TTSH, yang termasuk 4,600 kakitangan klinikal, beg hadiah berisi barangan kesihatan, produk penjagaan kulit dan barangan makanan seperti minuman dan snek.



Pek Penjagaan yang diagihkan di bawah projek #SGHeroes itu menerima tajaan lebih $500,000.



Pasukan TTSH juga diberi semangat dalam bentuk 5,000 kad yang ditulis oleh pelajar sekolah di daerah North West, yang mengandungi kata-kata perangsang daripada penduduk yang dikirim menerusi laman Facebook dan Instagram CDC itu.



Selain itu, Mayor CDC North West, Encik Alex Yam, akan menghoskan satu episod istimewa "Happy Kopitiam - Malam Penghargaan Jururawat" esok, yang akan disiarkan secara langsung di Facebook.



Episod itu akan menggalak penonton mengongsi pandangan dan sokongan mereka untuk pekerja barisan hadapan.



"Kami mahu melakukan sesuatu yang kecil untuk menunjukkan kepada wira barisan hadapan kami di TTSH bahawa kami menghargai usaha mereka, dan mereka harus meneruskan perjuangan dengan bangga.



"Secara peribadi, saya terharu dengan sambutan bersemangat daripada masyarakat untuk melaksanakan usaha ini dengan pantas memandangkan keadaan semasa," kata Encik Yam.



Kakitangan TTSH turut menerima pek penghargaan daripada CDC Central dan jenama minuman bubble tea Gong cha kerana berani membantu Singapura dalam pertempuran menentang Covid-19.



Kesemua 12,000 doktor, jururawat dan kakitangan TTSH diberikan pek penghargaan zirafah yang terdiri daripada kad 'Terima Kasih', baucar minuman percuma daripada Gong cha, snek dan barangan mesra alam.



Ini sejajar dengan Gerakan Zirafah Singapura anjuran CDC Central yang bertujuan mendorong orang ramai berani bersuara atau mengambil tindakan demi kebaikan bersama masyarakat.



Menukil beban kerja TTSH yang lebih berat daripada biasa disebabkan penularan kelompok terkini Covid-19, Mayor CDC Central, Cik Denise Phua, berkata beliau berharap semua orang di hospital itu melihat inisiatif tersebut sebagai satu dorongan dan sokongan.



Sebelum ini, terdapat laporan bahawa sebilangan kecil perniagaan melarang kakitangan TTSH, mungkin disebabkan oleh diskriminasi atau rasa takut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >