Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sokongan cari kerja usaha penting bantu banduan sumbang semula kepada masyarakat

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



SKIM Persiapan Pekerjaan (EmPS) akan membantu mempertingkatkan proses pemulihan untuk banduan, yang merupakan satu langkah penting dalam membantu golongan itu menyesuaikan diri dan menyumbang kembali kepada masyarakat, kata para Anggota Parlimen (AP) semalam.



Skim itu, yang bertujuan mempertingkat pemulihan dan penyepaduan semula banduan ke pangkuan masyarakat setelah dibebaskan, merupakan antara pindaan utama dalam Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2021 yang diluluskan Parlimen semalam.



Di bawah EmPS, banduan berpeluang menimba kemahiran melalui latihan dan pendidikan - di samping bekerja - di luar penjara dan dalam masyarakat.



Dalam bahas rang itu semalam, Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) berkata skim EmPS, yang merangkumi peluang pendidikan dan peningkatan kemahiran itu, adalah penting.



Beliau menambah kajian menunjukkan bahawa banduan yang belajar sementara menjalani hukuman penjara akan mempunyai hasil pekerjaan lebih baik selepas dibebaskan selain mengurangkan kadar kebentanan.



Cik Nadia turut mengetengahkan usaha yang telah dijalankan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dalam memperluaskan usaha pemulihan sejak beberapa tahun lalu.



"Dari 2019 hingga 2020, terdapat kenaikan 42 peratus dalam jumlah banduan yang menjalani pemulihan dalam masyarakat dan kadar penyelesaian bagi program ini melebihi 90 peratus.



"EmPS menggariskan komitmen SPS ke arah pemulihan sebagai satu prinsip hukuman, dan akan melengkapi usaha ini," kata beliau.



Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) pula berkata EmPS sememangnya satu peluang emas yang harus dimanfaatkan banduan, namun beliau turut menekankan peri pentingnya peranan keluarga dalam mendorong pesalah mengambil bahagian dalam sesi pemulihan supaya mereka dapat membangunkan semula kehidupan.



"Sokongan dan galakan keluarga amat penting kerana ramai bekas pesalah menghadapi pelbagai cabaran semasa mereka cuba berintegrasi semula ke dalam masyarakat.



"Oleh itu, kita harus membina persekitaran yang sesuai bagi pesalah untuk memperbaiki diri mereka dan kembali menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kepada masyarakat dan keluarga," kata beliau.



Encik Sharael menambah terdapat program seperti Fitrah oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bersama M Kuasa 3 (M3) yang menyediakan bantuan bersepadu dan menyeluruh kepada pesalah dan keluarga mereka.



Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Leon Perera (GRC Aljunied), pula berkata program kerja seperti EmPS harus distrukturkan bagi memastikan syarikat yang menggunakan tenaga kerja penjara tidak mendapat manfaat secara tidak adil daripada kos yang lebih rendah.



Ini meskipun terdapat hujahan untuk tidak membayar pekerja dalam skim sedemikian gaji penuh seperti gaji yang akan mereka raih di luar penjara, yang merupakan sebahagian daripada aspek punitif hukuman penjara.



"Kita harus ingat bahawa sesetengah banduan ini mungkin pernah lakukan kerja dengan gaji jauh lebih tinggi dan mempunyai kemahiran yang amat dihargai di luar penjara.



"Kedua, kos buruh harus setara dengan tanda aras gaji minimum agar banduan mempunyai simpanan apabila mereka meninggalkan penjara," kata beliau.



Sementara itu, meskipun Encik Melvin Yong (Radin Mas) menyokong EmPS akan memudahkan peralihan bekas pesalah kembali ke masyarakat menerusi pekerjaan yang baik, beliau berkata lebih banyak harus dilakukan untuk membantu mereka.



Ini termasuk menolong banduan, terutamanya mereka yang sudah berada dalam penjara untuk masa yang lama, mengikuti perkembangan penggunaan teknologi terkini.



"Teknologi telah jauh berkembang maju… Kita perlu membantu banduan, yang akan kembali kepada, secara metafora, sebuah dunia baru yang berbeza dengan apa yang mereka kenali sebelum memasuki penjara," kata beliau.




"Sokongan dan galakan keluarga amat penting kerana ramai bekas pesalah menghadapi pelbagai cabaran semasa mereka cuba berintegrasi semula ke dalam masyarakat. Oleh itu, kita harus membina persekitaran yang sesuai bagi pesalah untuk memperbaiki diri mereka dan kembali menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kepada masyarakat dan keluarga."
- Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol).



"Dari 2019 hingga 2020, terdapat kenaikan 42 peratus dalam jumlah banduan yang menjalani pemulihan dalam masyarakat dan kadar penyelesaian bagi program ini melebihi 90 peratus.

"EmPS menggariskan komitmen SPS ke arah pemulihan sebagai satu prinsip hukuman, dan akan melengkapi usaha ini."

- Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >