BAHAS BELANJAWAN 2017: KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Sokongan gaji lebih tinggi, lebih lama bagi PMET yang belum bekerja

MAJIKAN yang mengambil bekerja profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) berusia 40 tahun ke atas yang menganggur selama setahun atau lebih akan menerima sokongan gaji lebih tinggi bagi tempoh lebih lama di bawah Program Sokongan Kerjaya (CSP).

Ini sebanyak 50 peratus sehingga $3,500 sebulan bagi enam bulan pertama pekerjaan; 30 peratus sehingga $2,100 sebulan bagi enam bulan kedua pekerjaan; dan 20 peratus sehingga $1,400 sebulan bagi enam bulan ketiga pekerjaan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan