Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Sokongan kewangan tambahan kepada pemandu teksi, kereta sewa-privet

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sokongan kewangan tambahan kepada pemandu teksi, kereta sewa-privet

LTA
Jul 23, 2021 | 05:07 PM

PEMANDU teksi dan kereta sewa-privet akan mendapat sokongan kewangan tambahan sehingga penghujung September untuk membantu mengurangkan kesan sekatan Covid-19 terkini. 
Penguasa pengangkutan Darat (LTA) berkata Jumaat (23 Julai) bahawa pemandu akan menerima bantuan tambahan $10 sehari bagi setiap kenderaan dari 22 Julai hingga 31 Ogos.
Bantuan itu  akan diteruskan pada bulan seterusnya, namun  dikurangkan kepada $5 sehari.

Pemerintah akan membiayai langkah sokongan tambahan ini dengan menambah $40 juta kepada Dana Bantuan Pemandu Covid-19 (CDRF), umum  LTA.
Ini sebahagian pakej sokongan $1.1 bilion bagi pekerja dan syarikat yang terjejas akibat sekatan Covid-19 terkini, yang diumumkan Kementerian Kewangan (MOF) Jumaat.
Pemandu teksi dan kereta sewa-privet akan menerima bayaran masing-masing menerusi syarikat teksi dan khidmat sewa-privet masing-masing. Mereka tidak perlu membuat sebarang permohonan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3