Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PRESTASI MADRASAH DI PSLE 2021

Sokongan khusus, program bantu pelajar madrasah raih PSLE lebih baik

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



SOKONGAN khusus serta program-program bagi tujuan mempertingkat mutu pedagogi dan keupayaan guru di madrasah merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini yang cukup menggalakkan.



Ini termasuk Pusat Kecemerlangan dan Kerjasama (COEC) yang diperkenal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta bimbingan pakar bagi menyokong pembangunan guru untuk meningkatkan mutu pembelajaran di madrasah.



Dalam pada itu, komitmen serta usaha sama guru, murid dan juga ibu bapa amat kritikal dalam menentukan pencapaian Madrasah kekal stabil, menurut jurucakap beberapa madrasah-madrasah setempat kepada Berita Harian (BH).



Sebanyak 98.8 peratus, atau 348 daripada 352 murid madrasah Darjah Enam berjaya melangkah ke sekolah menengah, 0.3 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, menurut kenyataan Muis kelmarin.



Pencapaian madrasah tahun ini amat memberangsangkan dan merupakan bukti kerja keras pihak-pihak yang terlibat, kata pengetua Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Encik Noor Isham Sanif.



Cabaran yang perlu dihadapi tahun ini, antaranya pembelajaran dari rumah (HBL) serta pelajar yang terjejas oleh virus Covid-19, menambah 'kemanisan' pencapaian tersebut, tambahnya.



Menyentuh tentang peranan guru sebagai 'jentera' serta sumber inspirasi pelajar, Encik Noor Isham berkata beliau mengalu-alukan bimbingan serta program sokongan bagi guru yang disediakan Muis dengan kerjasama Institut Pendidikan Nasional (NIE), terutama sekali bagi subjek seperti Matematik dan Sains.



"Guru bukan sahaja sumber ilmu, tetapi mereka juga sumber inspirasi bagi murid.



"Latihan serta program tambahan yang disediakan dapat membantu mereka perbaharui pendekatan terhadap subjek-subjek yang diajar dan juga membentuk strategi yang lebih baik," katanya.



Inisiatif COEC yang diperkenal Muis tahun ini membuka peluang kepada madrasah untuk memilih menawarkan program pembangunan relevan kepada madrasah lain.



Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah memilih untuk menjadi pusat bagi subjek Matematik dan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)di peringkat sekolah rendah dan telah mengadakan bengkel serta sesi yang melibatkan guru, pelajar dan ibu bapa dari madrasah berbeza.



Menurut naib pengetua (sekolah rendah) Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah, Cik Maisarah Kasim, guru-guru madrasah tersebut juga dapat meraih manfaat dari program-program di bawah COEC itu dan bekerja rapat dengan Madrasah Irsyad.



Pada masa yang sama, Cik Maisarah menekankan pentingnya untuk menyesuaikan pendekatan pembelajaran dan pedagogi terhadap keperluan serta keupayaan madrasah, murid dan juga guru-guru.



Tambahnya: "Asatizah juga perlu diperkasa dalam aspek lain supaya mereka lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan masa depan.



"Ini termasuk untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21, terutama sekali dari segi teknologi."



Di samping itu, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah juga telah memenuhi ukur tara PSLE yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum ini, dua kali dalam tempoh tiga tahun.



Ini bererti madrasah tersebut akan terus dibenarkan menerima murid Darjah Satu.



Meskipun pada awalnya agak khuatir sama ada madrasah tersebut dapat memenuhi keperluan itu, Naib Pengetua (Akademik) madrasah tersebut, Cik Aini Safuan, berkata kerja keras guru, murid dan ibu bapa serta bantuan dari pelbagai sudut menyumbang ke arah keputusan yang baik.



"Memang keputusan ini pencapaian yang cukup manis bagi kami, selain usaha guru yang bertungkus-lumus, komitmen dari murid dan ibu bapa, kita juga dibantu sukarelawan Apex Mentors yang membimbing murid dan menambah semangat dan keyakinan mereka.



"Bimbingan tambahan dari pakar dari segi teknik mengajar juga membuat guru lebih yakin dan lebih sedar apa yang perlu dilakukan terutama sekali bagi murid-murid yang lemah," kata Cik Aini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >