Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sokongan kuat masyarakat dorong usaha kukuhkan lagi SAF

Nov 07, 2017 | 05:30 AM



SEMENTARA usaha dijalankan bagi memperluas dan mengukuhkan keupayaan anggota Perkhidmatan Negara (NS), sokongan masyarakat kekal sebagai dorongan paling utama, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Dr Maliki berkata anggota NS merupakan tunggak pertahanan dan keselamatan Singapura.



Oleh itu, usaha akan diambil bagi mempertingkat NS, membantu anggota NS menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan serta mengiktiraf sumbangan mereka.



"Kini, mereka yang bakal masuk NS dengan Home Team dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) boleh menandakan vokasyen yang mereka ingin sertai bagi NS.



"Kami juga telah mengurangkan waktu menunggu sebelum memasuki NS serta memperkenal perlindungan insurans hayat dan kemalangan peribadi bagi semua anggota NS," katanya.



Beliau berkata demikian sebagai respons kepada usul mengenai masa depan NS yang dikemukakan Encik Vikram Nair (GRC Sembawang).



Usul yang dinamakan 'Usul Penangguhan' itu memberi peluang kepada Anggota Parlimen mengemukakan sesuatu isu.



Dr Maliki berkata NS meraih sokongan kukuh daripada segenap lapisan masyarakat, termasuk warga negara ini dan majikan.



Malah menurut tinjauan pemerintah, katanya, 90 peratus warga menyokong NS dan dasar pertahanan nasional Singapura.



Meskipun berasa senang dengan sokongan yang diberi itu, beliau berkata Kementerian Pertahanan (Mindef) dan SAF tidak akan memandang ringan sokongan tersebut atau mudah berasa puas hati.



Malah, sokongan kukuh itu mendorong mereka mengukuhkan lagi SAF, memodenkan prosesnya, memastikan kebertanggungjawapan lebih tinggi bagi sumber yang diberikan kepadanya serta meningkatkan penglibatan dengan askarnya, kata Dr Maliki.



Namun memandang ke hadapan, Encik Nair ingin tahu bagaimana anggota NS dapat menyesuaikan diri dengan peranan yang perlu dijalankan tentera pada masa akan datang serta hambatan yang dihadapi Singapura.



Sementara itu, Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) pula berkata Singapura harus bersiap sedia agar dapat mengikuti kemajuan teknologi sekarang.



Dr Maliki berkata peranan dalam NS akan dioptimumkan lagi dengan teknologi.



Misalnya pada masa akan datang, lebih ramai anggota NS akan memainkan peranan mengendali aset tidak berpandu, kecerdasan buatan (AI), analitik data dan robotik.



SAF juga sedang membangunkan Kenderaan Darat Tanpa Pemandu atau Unmanned Ground Vehicle yang dilengkapi sensor bagi membolehkan pegawainya memberi respons kepada ancaman keselamatan dengan cepat dan berkesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >