Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan masyarakat penting agar bahasa Melayu kekal hidup, relevan

Sep 07, 2020 | 05:30 AM



SOKONGAN masyarakat terus diperlukan bagi menghidupkan bahasa Melayu di sini dan menjadikannya kekal relevan, kata Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Ini sedang masyarakat kita hidup dalam gelombang bahasa Inggeris yang kini kerap digunakan dalam setiap aspek kehidupan kita di Singapura.



Bahkan, Dr Faishal, yang juga Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), dalam catatan di Facebook beliau semalam, menambah bahawa melestarikan bahasa Ibunda dalam konteks masa kini bukan usaha mudah, namun harus diteruskan agar ia tidak luput dan dapat diwariskan kepada generasi mendatang.



"Walaupun gelombang bahasa Inggeris kuat dirasakan dalam pelbagai konteks kehidupan kita di Singapura, bahasa ibunda seperti bahasa Melayu, Tamil dan Mandarin terus dipelajari dan digunakan oleh warga Singapura.



"Sememangnya, usaha ini tidak mudah, namun kita memerlukan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bekerjasama meraikan, menganjurkan serta melibatkan diri dalam kegiatan bahasa," kata Dr Faishal.



Sempena Bulan Bahasa ini, Dr Faishal menggesa masyarakat supaya bersama menyemarakkan lagi kegiatan bahasa yang disediakan jawatankuasa Bulan Bahasa, tidak kira tahap penggunaan bahasa mereka.



"Kita akur, kecekapan berbahasa Melayu berbeza bagi setiap individu, bergantung pada keselesaan mereka menggunakan bahasa Melayu. Bulan Bahasa menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh masyarakat daripada pelbagai lapisan pengguna," katanya.



"Ayuh, sertai usaha-usaha ini supaya kita dapat meluaskan penggunaan bahasa Melayu kita."



Bertemakan Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita, Bulan Bahasa tahun ini telah dilancarkan kelmarin dan berlangsung dari 15 Ogos hingga 11 Oktober.



Tahun ini merupakan kali pertama Bulan Bahasa anjuran Majlis Bahasa Melayu diadakan dalam talian sejak ia menjadi acara tahunan pada 2011, demi mengelakkan berlakunya kelompok jangkitan besar Covid-19.



Kegiatan Bulan Bahasa kali ini akan menggunakan wadah seperti Zoom dan media sosial seperti Facebook.



Dr Faishal turut menekankan bahawa penggunaan bahasa Melayu yang berbeza-beza tidak melunturkan pandangan positif tentang pentingnya bahasa Melayu dalam pembangunan identiti masyarakat kita.



Beliau memetik kajian Institut Pengajian Dasar (IPS) tahun lalu bahawa masyarakat Melayu masih melihat bahasa Melayu sebagai elemen penting dalam pembinaan jati diri masyarakat kita.



"Dalam keluarga dan kalangan sahabat handai, kita juga lebih cenderung menggunakan bahasa Melayu," katanya.



Dapatan itu, ujar Dr Faishal, amat memberangsangkan dan menunjukkan bahawa usaha bersama masyarakat selama ini meninggalkan kesan yang positif.



Oleh itu, Dr Faishal berkata usaha melestarikan bahasa harus diteruskan agar kita dapat mewariskannya kepada generasi akan datang.



"Walaupun hal ini mencabar dengan adanya gelombang bahasa Inggeris yang semakin kuat, kita tidak harus memegang pandangan yang pesimis dan menyebarkan mesej negatif agar tidak melemahkan semangat juang anak-anak kita," katanya.



Sebaliknya, Dr Faishal berkata masyarakat harus memberi galakan kepada anak muda serta maklum balas yang membina agar "dapat membantu mengukuhkan perjuangan kita bersama".



"Sesuatu yang berat akan menjadi ringan apabila kita lakukan bersama - termasuk dalam mencapai cita, citra dan cinta kita akan bahasa Melayu. Ayuh, sertailah dan sokonglah usaha kita menghidupkan bahasa Ibunda kita!" tambahnya.




"Walaupun gelombang bahasa Inggeris kuat dirasakan dalam pelbagai konteks kehidupan kita di Singapura, bahasa ibunda seperti bahasa Melayu, Tamil dan Mandarin terus dipelajari dan digunakan oleh warga Singapura. Sememangnya, usaha ini tidak mudah, namun kita memerlukan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bekerjasama meraikan, menganjurkan serta melibatkan diri dalam kegiatan bahasa."
- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >