Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan masyarakat penting tingkatkan kehidupan pekerja gaji rendah: Zaqy

Bengkel sepanjang 6 bulan teroka inisiatif bagi hargai sumbangan pekerja bergaji rendah
Mar 28, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT mampu memainkan peranan dalam membentuk idea serta saranan yang dapat dilaksanakan di pelbagai sektor bagi meningkatkan kehidupan pekerja bergaji rendah, kata Menteri Negara Kanan bagi Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad.



"Penting untuk menggerakkan masyarakat kerana hakikatnya, dengan mendapat sokongan dari masyarakat, barulah kita mampu menunjukkan penghargaan dan penghormatan kepada pekerja bergaji rendah," ujarnya.



Encik Zaqy berkata demikian sewaktu menghadiri bengkel Perikatan untuk Bertindak bagi Pekerja Bergaji Rendah (AfA bagi LWW) di Temasek Shophouse semalam.



Turut menyertai beliau dalam acara itu adalah wakil dari Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW) termasuk Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Fahmi Aliman.



Bengkel itu, yang dihadiri seramai 50 peserta yang terdiri daripada kesatuan pekerja, pertubuhan korporat dan pemimpin masyarakat serta belia, akan diadakan sepanjang tempoh enam bulan ini.



Ia bertujuan memperkenalkan lebih banyak inisiatif dari masyarakat atau ground-up yang dapat mempertingkat dan memperbaiki kehidupan pekerja bergaji rendah.



AfA bagi LWW akan menyatukan pihak-pihak berkepentinganyang berminat untuk memulakan projek masyarakat khusus untuk golongan pekerja ini.



Ia pertama kali diumumkan Encik Zaqy sewaktu perbahasan Belanjawan pada 3 Mac lalu.



Usaha ini sejajar dengan rancangan pemerintah untuk menggandakan pekerja di bawah Model Gaji Progresif (PWM) dari 85,000 kepada 218,000.



Menurut Encik Zaqy, kumpulan ini tidak hanya akan menumpukan perhatian kepada aspek gaji sahaja, malah akan memperkenalkan usaha untuk meningkatkan sekitaran kerja mereka, sekali gus menghargai pekerja bergaji rendah dengan lebih menyeluruh.



"Kami ingin mewujudkan persekitaran kerja yang memupuk pengiktirafan bagi pekerja ini dan juga menyediakan persekitaran yang baik agar mereka dapat berehat dengan lebih selesa, antara lain," tambah beliau.



Selain itu, AfA bagi LWW juga akan memberi tumpuan kepada usaha sokongan bagi meningkatkan kemahiran pekerja bergaji rendah serta kempen awam untuk mendidik pengguna mengenai faedah gaji progresif terhadap pekerja bergaji rendah dan menunjukkan sokongan kepada majikan yang menerimanya.



"Justeru, ini merupakan bidang yang sangat penting, lebih daripada dasar yang ada, kerana kita tahu kepentingan pekerja bergaji rendah kepada kita," tambah Encik Zaqy.



Sementara itu, Encik Fahmi, yang turut menyertai perbincangan tersebut, berkata peserta telah mengusulkan cadangan dan pendekatan yang holistik untuk memperbaiki kehidupan pekerja bergaji rendah.



Memberi contoh, beliau berkata antara cadangan tersebut termasuk mengadakan 'minggu pekerja dari perkhidmatan penting'.



"Biasanya dalam sesi dialog dengan pihak pengurusan, kita jarang memanggil pekerja perkhidmatan penting untuk turut serta. Dan ini merupakan antara cadangan yang diketengahkan peserta bengkel ini, yang menggalak pekerja perkhidmatan penting untuk turut sama dalam dialog," ujar beliau.




"Penting untuk menggerakkan masyarakat kerana hakikatnya, dengan mendapat sokongan dari masyarakat, barulah kita mampu menunjukkan penghargaan dan penghormatan kepada pekerja bergaji rendah... Kami ingin mewujudkan persekitaran kerja yang memupuk pengiktirafan bagi pekerja ini dan juga menyediakan persekitaran yang baik agar mereka dapat berehat dengan lebih selesa, antara lain."
- Menteri Negara Kanan bagi Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >