Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan padu NTUC agar Chee Meng kekal ketua buruh

Jul 14, 2020 | 04:48 PM



KEPIMPINAN atasan gerakan buruh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menegaskan lagi sokongan bagi Ketua Buruh, Encik Ng Chee Meng dan menyatakan beliau akan kekal sebagai Setiausaha Agung NTUC.



Ini diumumkan Presiden NTUC, Cik Mary Liew dalam satu kenyataan hari ini (Selasa, 14 Julai) menyusuli persoalan ramai tentang kedudukan Encik Ng dalam gerakan buruh selepas pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpinnya di GRC Sengkang tewas ke tangan Parti Pekerja (WP) dalam Pilihan Raya Umum, Jumaat lalu.



"Sebagai jawatan yang dilantik NTUC, ia (jawatan Setiausaha Agung) adalah yang bebas daripada sebarang jawatan politik. Anggota Jawatankuasa Pusat NTUC teguh memberi sokongan tidak berbelah bahagi buat Encik Ng Chee Meng sebagai setiausaha agung NTUC," jelas Cik Liew.



Seorang menteri Kabinet, Encik Lim Chee Onn yang merupakan Ketua Buruh pertama dilantik Menteri di Pejabat Perdana Menteri pada 1980 memegang jawatan setiausaha agung sejak 40 tahun lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >