Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan pelbagai pihak perlu untuk kaum Hawa ceburi sektor teknologi

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



SOKONGAN bagi kaum Hawa untuk merebut peluang dalam sektor teknologi bukan sahaja penting di peringkat nasional dan perusahaan tetapi juga di peringkat individu.



Berkata demikian semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata usaha ini termasuk menyediakan peluang yang terbaik bagi wanita di peringkat nasional dan menyediakan pilihan di peringkat individu bagi wanita agar mereka dapat mencapai potensi penuh mereka.



Di peringkat perusahaan, Cik Teo berkata syarikat jelas memerlukan bakat, khususnya bakat teknologi, dan oleh itu adalah wajar agar mereka mempunyai bekalan bakat yang luas yang harus merangkumi wanita.



Beliau berkata demikian di acara Ikrar Korporat Singapore Women in Tech (SG WiT) semalam.



Cik Teo menarik perhatian bahawa Covid-19 bukan sahaja menjejas pekerjaan tetapi ramai wanita juga kehilangan pekerjaan dan mereka kebanyakannya dalam sektor yang lebih terjejas teruk seperti hospitaliti, pelancongan dan industri perkhidmatan yang berkaitan dengannya.



Namun, ini bukan halnya di Singapura dan kadar pekerjaan di negara ini kekal stabil dalam keadaan kemelestan ekonomi sekarang.



Malah menurut Indeks Inovasi Global 2020, Singapura menduduki tangga pertama bagi jumlah wanita yang bekerja dengan ijazah lanjut.



"Ini mencerminkan kemajuan wanita Singapura menerusi sistem pendidikan dan jumlah ramai mereka yang meraih ijazah.



"Dan menurut kajian Boston Consulting Group, wanita kini membentuk 41 peratus daripada tenaga kerja teknologi di Singapura. Jumlah ini antara yang tertinggi di rantau ini dan lebih tinggi berbanding purata global sebanyak 28 peratus," ujar Cik Teo yang juga Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri.



Oleh itu, beliau berkata Singapura mempunyai asas yang baik.



Namun bagi wanita mencapai kemajuan lebih tinggi dalam pekerjaan berkaitan teknologi, usaha perlu dijalankan untuk memahami apa yang menjadi hambatan dan Cik Teo akur masih terdapat jurang.



Sebagai contoh, beliau berkata wanita mungkin dapat menyertai pekerjaan berkaitan teknologi tetapi jumlah wanita di peringkat lebih tinggi atau C-suite (eksekutif kanan dalam syarikat seperti CEO, COO, CFO) tidak ramai.



Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, yang turut hadir di acara semalam berkata lebih ramai wanita diperlukan dalam sektor pertumbuhan baru seperti teknologi supaya mereka juga dapat meraih manfaat ekonomi daripadanya.



Tambahnya, usaha perlu dijalankan untuk menggalak wanita muda meneroka pelbagai pilihan yang ada dan menceburi kerjaya ini



"Dalam kerja saya dengan belia dalam masyarakat, terdapat peluang untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk minat dalam kerjaya di sektor teknologi.



"Saya harap dapat terus bekerjasama dengan relawan dan pelbagai pihak berkepentingan seperti syarikat untuk mewujudkan wadah dan peluang ini," ujar Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >