Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan pemerintah pada media dalam transformasi digital genting: Pei Ling

Feb 09, 2022 | 05:30 AM



MENDAKAP pendigitalan dan memiliki keupayaan digital adalah sangat genting untuk media tempatan dalam dunia digital hari ini, terutamanya dengan persaingan yang semakin sengit dalam industri.



Lantaran itu, pemerintah boleh memainkan peranan menghulurkan sokongan lebih baik bagi menyokong media tempatan dalam meluaskan keupayaannya, menurut anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Perhubungan dan Penerangan, yang juga Anggota Parlimen SMC Macpherson, Cik Tin Pei Ling.



Apabila diminta pandangannya mengenai industri media, Cik Tin berpendapat media tempatan hari ini berdepan dengan banyak persaingan.



"Ini bukan hanya dari segi tradisional, tetapi apabila kita menjalankan pendigitalan, jelasnya, akan terdapat lebih banyak persaingan, lebih banyak pencipta kandungan berita dan lebih banyak wadah.



"Untuk menarik perhatian penonton atau pembaca yang selalunya sangat terbatas, merupakan satu cabaran yang besar," terang beliau.



Maka itu, media setempat perlu memikirkan bagaimana untuk menghasilkan kandungan yang paling terkini dan pada masa sama, mengekalkan kewibawaan dan terus menghiburkan.



Pada masa sama, menurut Cik Tin, media tempatan juga harus meneliti bagaimana untuk menerbitkan kandungan itu dengan lebih cepat.



"Disebabkan cabaran-cabaran besar ini, saya fikir dengan menjadi digital dan keupayaan digital amat penting pada ketika ini.



"Justeru jika pemerintah dapat tampil ke depan untuk memberi sokongan lebih baik kepada media tempatan untuk membina keupayan ini, saya fikir ia adalah agak kritikal dalam membolehkan media tempatan untuk terus berjaya dalam sekitaran baru dan luas ini," jelas Cik Tin.



Melahirkan pandangan serupa, Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol yang juga anggota GPC bagi perhubungan dan maklumat, Encik Sharael Taha berkata hakikatnya seluruh industri media telah menjalani perubahan dan transformasi demi menjadi digital.



Ini dapat dilihat daripada teknologi digital yang telah diterapkan dalam sistem dan proses kerja oleh syarikat-syarikat media di negara ini.



Memberi contoh berdasarkan lawatan terkini ke syarikat Mediacorp, Encik Sharael berkata teknologi seperti realiti terimbuh dan realiti 'virtual' telah membolehkan syarikat itu menghidupkan suasana 'live' bagi penonton.



"Sangat menarik untuk melihat bagaimana teknologi telah mengubah industri ini dengan menyeluruh," tambahnya.



Ini termasuk bagaimana syarikat itu menyepadukan kandungan di media yang berlainan supaya dapat menyediakan berita yang menyeluruh kepada penonton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >