Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU BAITULMAKDIS

Sokongan SG dalam resolusi PBB dialu-alu

Dec 24, 2017 | 05:30 AM



SOKONGAN pemerintah sebagai antara lebih 120 negara yang mengundi bagi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel disambut baik para pemimpin Melayu/Islam setempat.



Para pemimpin tersebut berkata langkah Singapura itu menggariskan sokongan negara ini kepada huraian dua-negara berhubung konflik Israel-Palestin yang disifatkan mereka sebagai satu-satunya cara untuk mencapai kedamaian yang berkekalan d rantau itu.



Sejumlah 128 negara kelmarin mengundi bagi memihak kepada resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menyeru agar Washington memansuhkan pengiktirafannya itu.



Sembilan negara lagi mengundi menentang dan 35 berkecuali manakala 21 lagi tidak mengundi.



Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau bangga dengan keputusan berprinsip Republik ini.



"Undi ini menggariskan resolusi PBB bagi huraian dua-negara dalam perbincangan Israel-Palestin. Pendirian berdasarkan undang-undang ini adalah pendekatan sama yang kita ambil dalam (isu) Laut China Selatan.



"Ia mungkin bermakna kita dan lain-lain negara yang mengundi seperti kita bakal menghadapi kesukaran dalam 2018 dari pihak-pihak di Pasifik. Namun, Singapura menunjukkan kita adalah sahabat yang boleh dipercayai untuk jangka masa panjang dan bukan sahabat pada masa senang sahaja.



"Hanya dengan cara ini sahaja, kita mampu berdiri tinggi sebagai negara berdaulat," ujar beliau dalam catatannya di Facebook.



Bercakap kepada Berita Minggu (BM), Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman, berkata undi Singapura di PBB itu mencerminkan pendirian Singapura sejak sekian lama untuk menyokong kedamaian di Timur Tengah.



Dr Mohd Maliki menekankan status Baitulmakdis adalah isu sensitif lagi rumit dengan sejarah yang panjang.



Justeru, sebarang tindakan satu pihak yang merubah status Baitulmakdis akan menghambat proses damai di Timur Tengah khususnya kemelut Palestin.



"Status Baitulmakdis harus diputuskan menerusi perbincangan langsung antara Israel dan Palestin.



"Singapura sekali lagi menggariskan sokongannya yang konsisten sejak sekian lama untuk huraian dua-negara, yang melibatkan pembentukan negara Palestin yang merdeka dan hidup bersama-sama dengan negara Israel dalam keadaan aman dan selamat," ujar beliau.



Setiausaha Parlimen (Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, pula menekankan langkah negara ini untuk memihak kepada resolusi PBB itu selaras dengan pendirian Singapura.



"Pendirian Singapura dalam isu ini konsisten dan berprinsip. Singapura menyokong hak kenegaraan Palestin dan huraian dua-negara. Kededua Israel dan Palestin mempunyai hak yang sah dan tanggungjawab ke atas Baitulmakdis," ujarnya, menulis di Facebook.



Para pemimpin badan-badan Melayu setempat yang dihubungi akhbar ini turut memuji langkah Singapura memihak kepada resolusi PBB itu.



Presiden Pertapis, Encik Hussaini Abdullah, menekankan langkah Republik ini sejajar dengan nilai-nilai kesaksamaan, keadilan dan keharmonian yang sentiasa diperjuangkan di negara ini.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Encik Yusof Ismail, pula berkata beliau bangga sebagai negara kecil, Singapura tetap berani bersuara.



"Bagi saya ini menunjukkan bahawa kita boleh bergantung kepada pemerintah ini yang konsisten dalam pendirian dan prinsip dalam isu Israel-Palestin," katanya. Laporan tambahan FARID HAMZAH




"(Undi ini) mungkin bermakna kita dan lain-lain negara yang mengundi seperti kita bakal menghadapi kesukaran... Singapura menunjukkan kita adalah sahabat yang boleh dipercayai untuk jangka masa panjang dan bukan sahabat pada masa senang sahaja."
- Encik Masagos.



"Status Baitulmakdis harus diputuskan menerusi perbincangan langsung antara Israel dan Palestin. Singapura sekali lagi menggariskan sokongannya yang konsisten sejak sekian lama untuk huraian dua-negara.
- Dr Maliki.



"Pendirian Singapura dalam isu ini konsisten dan berprinsip. Singapura menyokong... huraian dua-negara. Kededua Israel dan Palestin mempunyai hak yang sah dan tanggungjawab ke atas Baitulmakdis."
- Encik Amrin.




Laporan lain: Pemimpin dunia tekankan huraian dua-negara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >