Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan sosial lebih bersepadu bagi penghuni flat sewa

Bantu keluarga capai mutu hidup lebih baik
Jul 26, 2018 | 05:30 AM



KELUARGA berpendapatan rendah yang tinggal di flat sewa akan menerima sokongan khidmat sosial lebih bersepadu, melalui hab-hab khidmat sosial yang akan diletakkan berdekatan dengan kawasan perumahan sewa itu.



Hab-hab itu membolehkan agensi pemerintah dan pertubuhan kebajikan sukarela bekerjasama untuk melakarkan pelan tindakan bersama bagi membantu keluarga itu, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee.



Sebagai permulaan, sokongan khidmat sosial bersepadu itu akan diperkenalkan di dua hingga tiga estet kejiranan.



"MSF dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) akan bekerjasama untuk membawa khidmat sosial di dan sekitar kawasan perumahan sewa agar pendekatan lebih menyasar diambil untuk berinteraksi dan menyokong keluarga yang tinggal di flat sewa,'' ujar Encik Lee ketika berucap di Simposium P4650 semalam.



P4650 merupakan projek melibatkan pelbagai agensi pemerintah dan masyarakat yang bekerja sama bagi menyediakan bantuan menyeluruh bagi membantu keluarga yang tinggal di flat sewa buat sementara di Blok 46 dan 50 di Bedok South di bawah skim Perumahan Sewa Sementara (IRH).



Diketuai Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, P4650 itu melibatkan pelbagai pihak termasuk CDC South East, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Yayasan Mendaki, Pave di Siglap dan Tenaga Kerja Singapura.



"Pengalaman P4650 menunjukkan keluarga-keluarga yang tinggal di flat sewa ini memerlukan sokongan bersepadu dari pelbagai pihak.



"Jadi, hab khidmat sosial ini membolehkan keluarga ini diberi bimbingan.



"Apabila agensi pemerintah, sektor kidmat sosial dan sukarelawan bekerjasama dan memahami isu yang dihadapi keluarga ini, mereka akan dapat memberi respons lebih baik dan mendorong keluarga itu ke arah pemilikan rumah dan kehidupan lebih baik,'' kata Dr Maliki.



Sering kali, keluarga ini tidak hanya menghadapi masalah rumah bahkan cabaran lebih rumit seperti penyakit, ketagihan, hutang, kehilangan pekerjaan dan krisis keluarga yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak.



Dengan meletakkan khidmat sosial penting berdekatan dengan keluarga yang tinggal di flat sewa, mereka akan lebih mudah mendapat bantuan, kata Encik Lee.



"Sokongan dapat diberikan dari mula ketika mereka baru pindah ke flat sewa sehingga mereka memiliki flat sendiri,'' tambahnya.



Seramai 1,183 keluarga telah keluar daripada dua blok flat sewa itu dan 43 peratus sudah memiliki rumah mereka sendiri sejak 2010 hingga P4650 tamat pada April 2018.



Laporan lanjut: Buku singkap perjalanan hidup di flat sewa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >