Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan susuli tragedi papar semangat perpaduan rakyat

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



Tragedi di Sekolah Tinggi River Valley melibatkan seorang pelajar 13 tahun yang dipercayai dibunuh merupakan kejadian yang mengejutkan ramai. Pelajar dan kakitangan kembali ke sekolah semalam, buat kali pertama sejak kejadian itu pada Isnin lalu. Semalam juga merupakan Hari Keharmonian Kaum, disambut dengan suram berlatarbelakangkan insiden tersebut yang masih segar di ingatan.




MENYUSULI tragedi di Sekolah Tinggi River Valley Isnin lalu, beberapa kumpulan agama tampil untuk mendoakan keluarga mangsa serta kesejahteraan pelajar, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



"Tanda tulus ikhlas yang mencerminkan perpaduan, menjangkau kaum dan agama, telah membawa cahaya pada waktu kegelapan yang dilalui negara kita.



"Ia melambangkan pemahaman bahawa kita rakyat Singapura, mendahului segala yang lain," ujar Encik Chan dalam satu catatan di Facebook semalam, sempena Hari Keharmonian Kaum.



Katanya lagi, identiti kepelbagaian kaum di Singapura tidak timbul secara semula jadi, bahkan dibangunkan secara sengaja menerusi dasar dan usaha daripada pelbagai masyarakat.



"Identiti dikongsi sama ini bukanlah mengenai budaya minoriti yang digolongkan dalam budaya majoriti. Ia tidak bermakna kita mengabaikan identiti kita sendiri.



"Sebaliknya ia mengenai pembangunan identiti yang dikongsi sama dan memandang ke depan berdasarkan nilai bersama, dengan asasnya berdasarkan identiti kita yang kaya dan rencam," ujar Encik Chan.



Ini merupakan legasi yang perlu dilindungi dalam kata-kata dan tingkah laku seharian, tambahnya.



Menulis di Facebook juga semalam, Menteri Pendidikan Kedua Dr Maliki Osman pula berkata sekolah dan masyarakat kini berdiri dalam semangat perpaduan untuk menyokong satu sama lain menyusuli tragedi tersebut.



"Hari Keharmonian Kaum kali ini lebih muram bagi pelajar dan sekolah, tetapi tanda budi bahasa dan sokongan ini membuktikan bahawa kita mempunyai lebih banyak persamaan daripada perbezaan, dan terdapat lebih banyak perkara yang menyatukan daripada memecahbelahkan kita.



"Marilah kita terus berdiri bersama mereka yang menghadapi kesukaran serta memberi kekuatan dan menenangkan mereka yang memerlukan," ujar Dr Maliki.



Beliau berkata orang ramai boleh menyampaikan kata-kata dorongan mereka kepada pelajar dan kakitangan River Valley di pautan ini: https://padlet.com/rvhs/messages.



Mengulas tentang kejadian itu juga semalam, Presiden Halimah Yacob berkata beliau amat sedih dengan tragedi tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.



Amat sukar sekali untuk memahami apa yang telah berlaku, apatah lagi trauma dan kesedihan yang dialami keluarga, rakan, pelajar dan guru yang terjejas, kata Puan Halimah.



"Beberapa orang, termasuk belia dan pelajar kita, mungkin terkejut dan berasa takut dengan berita itu, manakala yang lain mungkin rasa keliru dan tidak berdaya.



"Jika anda seorang daripada mereka, saya ingin anda tahu anda tidak bersendirian. Ia bukan satu tanda kelemahan untuk mendapatkan bantuan atau seseorang untuk mendengar anda," ujar Puan Halimah.



Beliau berkata demikian dalam satu kiriman di Facebook semalam, sedang pelajar dan kakitangan kembali ke sekolah buat kali pertama sejak insiden itu.



Menurut Puan Halimah lagi, banyak talian dan kumpulan menawarkan bantuan secara rahsia jika individu terjejas tidak mahu 'dilihat' mendapatkannya.



"Inilah masanya bagi warga Singapura untuk pulih bersama. Jika anda tahu sesiapa yang nampak tertekan, dekatilah beliau. Lebih-lebih lagi semasa pandemik ini, marilah kita bersikap ihsan terhadap satu sama lain," kata Puan Halimah.



Beliau turut memberi pautan yang menyenaraikan sokongan yang tersedia bagi yang memerlukan https://stayprepared.sg/mymentalhealth/i-need-support-now/.



Menemui media semalam, Ketua Pengarah Pendidikan, Encik Wong Siew Hoong, berkata sekolah itu dengan sokongan Kementerian Pendidikan (MOE) secara proaktif mendekati pelajar dan kakitangan yang terjejas untuk menawarkan bantuan.



Pakar di MOE dan kaunselor yang dilatih dalam bantuan psikologi dan pengurusan trauma telah ditugaskan untuk menyediakan bantuan di sekolah itu.



Sebuah bilik telah disediakan bagi membolehkan mana-mana pelajar dan kakitangan yang terjejas untuk tampil mendapatkan bantuan.



Khidmat tersebut akan disediakan sepanjang minggu ini.



Encik Wong juga akur ada ibu bapa yang mungkin bimbang tentang keselamatan anak mereka di sekolah.



"Keselamatan pelajar selama ini telah dan akan terus menjadi keutamaan kami semua.



"MOE dan sekolah kami akan terus berwaspada tentang keselamatan kampus," ujar Encik Wong.




"Beberapa orang, termasuk belia dan pelajar kita, mungkin terkejut dan berasa takut dengan berita itu, manakala yang lain mungkin rasa keliru dan tidak berdaya.

Jika anda seorang daripada mereka, saya ingin anda tahu anda tidak bersendirian. Ia bukan satu tanda kelemahan untuk mendapatkan bantuan atau seseorang untuk mendengar anda...

Inilah masanya bagi warga Singapura untuk pulih bersama. Jika anda tahu sesiapa yang nampak tertekan, dekatilah beliau. Lebih-lebih lagi semasa pandemik ini, marilah kita bersikap ihsan terhadap satu sama lain."

- Presiden Halimah Yacob.



"Tanda tulus ikhlas yang mencerminkan perpaduan, menjangkau kaum dan agama, telah membawa cahaya pada waktu kegelapan yang dilalui negara kita.

Ia melambangkan pemahaman bahawa kita rakyat Singapura, mendahului segala yang lain...

Identiti dikongsi sama ini bukanlah mengenai budaya minoriti yang digolongkan dalam budaya majoriti. Ia tidak bermakna kita mengabaikan identiti kita sendiri.

Sebaliknya ia mengenai pembangunan identiti yang dikongsi sama dan memandang ke depan berdasarkan nilai bersama, dengan asasnya berdasarkan identiti kita yang kaya dan rencam."

- Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >