Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023

Pendekatan agar keluarga susah dapat stabil, berdikari

Termasuk tokokan Dana Endowmen ComCare, perluas KidSTART agar sokong hingga 80% kanak-kanak layak
Feb 15, 2023 | 05:30 AM



BAGI terus menyokong keluarga berpendapatan rendah, pemerintah akan memperkenal beberapa bantuan tambahan, seperti tokokan kepada Dana Endowmen ComCare, selain mengembangkan lagi program KidSTART ke seluruh negara, yang akan menyokong hingga 80 peratus kanak-kanak layak.



Di samping itu, pemerintah akan memanfaatkan skim ComLink untuk menyepadukan penyampaian perkhidmatan sosial dengan lebih baik kepada keluarga berpendapatan rendah itu.



Sokongan tambahan ini diharap dapat membantu keluarga berpendapatan rendah mencapai kestabilan dalam kehidupan, menjadikan mereka lebih berdikari selain mempertingkat mobiliti sosial mereka, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Selasa.



"Kita tahu bahawa isu yang dihadapi individu dan keluarga berpendapatan rendah rumit dan mempunyai pelbagai aspek.



"Oleh itu, kita memerlukan pendekatan berpusatkan keluarga untuk menyediakan keluarga ini sokongan holistik dan menyeluruh, dan membantu mereka membuat perubahan berkekalan dalam kehidupan mereka," kata beliau.



Memberi perincian lanjut tentang sokongan tambahan itu, Encik Wong berkata pemerintah akan memanfaatkan skim ComLink untuk menyepadukan sokongan yang sama merentas pelbagai program yang ditawarkan bagi membantu keluarga berpendapatan rendah.



Ini akan dilakukan menerusi Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO), yang akan bekerja rapat dengan rakan kongsi bersama.



Butiran lanjut akan dikongsi sewaktu perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Skim ComLink ialah inisiatif yang dilancarkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2019 dan telah menyokong 14,000 keluarga sejauh ini.



Ia menyediakan sokongan menyeluruh bagi keluarga mempunyai anak yang tinggal di flat sewa untuk membantu mereka mempertingkat keadaan hidup mereka dan menjadi berdikari.



Dalam pada itu, Encik Wong turut mengumumkan Dana Endowmen ComCare akan menerima tokokan $300 juta bagi membantu keluarga berpendapatan rendah mengharungi persekitaran inflasi lebih tinggi.



Tokokan itu akan memastikan skim sokongan sosial kebangsaan utama, ComCare, akan terus dibiayai.



Sumber sokongan kritikal bagi kebanyakan keluarga berpendapatan rendah disampaikan menerusi skim bantuan sosial seperti ComCare, yang membantu mereka memenuhi perbelanjaan sara hidup asas dan berusaha ke arah mencapai kestabilan dan berdikari.



Program ComCare dibiayai sebahagiannya oleh Dana Endowmen ComCare, yang ditubuhkan pemerintah pada 2005.



Encik Wong berkata pemerintah juga telah menetapkan sasaran menyokong sekitar 80 peratus kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga berpendapatan rendah, bermula pada 2023, dengan mengembangkan program KidSTART ke seluruh negara.



Beliau berkata beberapa tahun pertama pembangunan kanak-kanak amat penting dalam membentuk potensi kehidupan mereka, dan lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk merapatkan jurang awal dalam kehidupan kanak-kanak.



"Terdapat petunjuk awal bahawa kanak-kanak dalam program ini mempunyai kehadiran prasekolah yang lebih baik daripada rakan sebaya mereka yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang sama," katanya.



"Ibu bapa dan penjaga dalam program itu juga mengatakan bahawa mereka mendapat sokongan lebih baik dalam perjalanan keibubapaan mereka."



Encik Wong berkata pemerintah telah membuat pelaburan besar dalam sektor awal kanak-kanak, dengan perbelanjaan meningkat enam kali ganda daripada $320 juta pada 2013 kepada sekitar $1.9 bilion pada 2022.



Keluarga berpendapatan rendah membayar serendah $3 sebulan bagi penjagaan kanak-kanak seharian di prasekolah pengendali utama.



Pemerintah juga akan bekerjasama dengan pengendali utama sepanjang dua tahun akan datang untuk mewujudkan 22,000 lagi tempat jagaan kanak-kanak seharian dan memperluas bilangan tadika Kementerian Pendidikan, tambah Encik Wong.



"Ini akan membantu menyokong kadar penyertaan prasekolah yang lebih tinggi secara menyeluruh, dan terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah," ujar beliau.




SOKONGAN TAMBAHAN BAGI KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH 



  • Manfaatkan ComLink untuk menyepadukan penyampaian perkhidmatan sosial

- Untuk menyepadukan sokongan sama merentas pelbagai program pemerintah bagi membantu keluarga berpendapatan rendah.



- Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) akan bekerja rapat dengan rakan kongsi untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah.



- Butiran lanjut akan dikongsi semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



  • Tokokan $300 juta bagi Dana Endowmen ComCare

- Bagi memastikan dana ini dapat terus menyediakan sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah dalam persekitaran inflasi tinggi sekarang.



  • Mengembangkan program KidSTART

- Untuk menyokong 80 peratus kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga berpendapatan rendah mulai 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >