TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat akan mengumumkan langkah tambahan untuk menyokong perniagaan dan keluarga minggu depan, apabila Parlimen bersidang pada Isnin (6 April).
Ini adalah satu lagi penambahan kepada apa yang telah disediakan dalam Belanjawan 2020 dan belanjawan tambahan yang diumumkan sebelum ini, katanya dalam satu pos Facebook pada Jumaat (3 April).