Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan tersedia bagi bekas pesalah bina semula hidup

May 12, 2019 | 06:15 PM



BEKAS banduan perlu memainkan peranan dengan mengambil langkah pertama dalam proses perubahan mereka.



Mereka perlu tahu dan sedar bahawa sedang mereka berusaha untuk berubah, terdapat banyak sokongan yang sentiasa tersedia dalam masyarakat dan mereka hanya perlu mencarinya.



Demikian ditekankan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, ketika program kemasyarakatan Ramadan Cheers, anjuran Khidmat Kaunseling Muslim (MCS) yang berlangsung di Masjid Khalid hari ini.



Tetamu terhormat, Dr Maliki berkata: “Mereka perlu memainkan peranan dengan mendekati (badan bantuan) dan mempunyai keyakinan bahawa walaupun ia bukan perjalanan yang mudah, mereka tetap mempunyai tekad untuk bekerja keras.”



Antara masalah terbesar yang dihadapi bekas pesalah, menurut Dr Maliki, adalah mencari pekerjaan kerana kebanyakan masanya, mereka tidak tahu ke mana mahu pergi setelah keluar dari penjara.



Dengan adanya badan perkhidmatan seperti MCS, bekas banduan dapat dibimbing – sejak mereka dalam penjara hingga setelah mereka dibebaskan. 



Ini mengizinkan bekas pesalah untuk merujuk kepada MCS jika berhadapan dengan apa jua masalah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >