Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Solat Aidiladha di bawah khemah yang dipasang kuil

Aug 23, 2018 | 06:26 PM



MESKIPUN hujan lebat pagi semalam, penduduk Muslim di Bukit Batok dapat menunaikan solat Aidiladha mereka dengan sempurna.



Ini kerana mereka dapat mengerjakan solat sunat itu di bawah teduhan khemah yang dipasang dekat Blok 630 Bukit Batok Central.​



Menerusi laman Facebook beliau semalam (22 Ogos), Anggota Parlimen SMC Bukit Batok, Encik Murali Pillai, berkata sekitar 1,000 orang menghadiri solat Aidiladha di sana.



“(Kami) amat bernasib baik kerana Kuil Shen Fu Gong, yang akan mengadakan acara Bulan Ketujuh Sabtu ini, telah bersetuju memasang khemah mereka lebih awal.



“Oleh itu, walaupun hujan lebat, penduduk Muslim kita juga dapat menunaikan solat mereka,” kata Encik Murali.



Tambahnya, ini satu contoh baik kerjasama antara masyarakat berbilang agama di Bukit Batok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >