LEBIH separuh ruang solat jemaah Hari Raya Haji di masjid serata Singapura ditempah dalam masa 90 minit lepas tempahan dibuka pada 10 pagi semalam.
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), 113,606 ruang solat jemaah Aidiladha Ahad ini ditempah hingga 11.30 pagi semalam.
Lebih 215,000 ruang solat Aidiladha disediakan bagi semua sesi solat di 66 masjid tahun ini.
Tempahan ruang harus dibuat bagi sesi solat pertama dan kedua, tetapi tidak dikehendaki untuk sesi solat ketiga, yang diadakan di beberapa masjid tertentu.