Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Solat jemaah Aidiladha di masjid SG lancar, dengan langkah keselamatan

Jul 21, 2021 | 05:30 AM



SOLAT Hari Raya Aidiladha berjalan lancar di masjid-masjid serata Singapura dengan jemaah mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat yang ditetapkan.



Semalam, seramai kira-kira 18,180 jemaah yang berjaya membuat tempahan menghadiri sesi solat Hari Raya Aidiladha di 66 masjid serata Singapura, termasuk 19 masjid yang memerlukan jemaah untuk divaksin sepenuhnya atau menjalani Ujian Sebelum Acara (PET).



Masjid Ar-Raudhah merupakan salah satu daripada 19 masjid tersebut.



Berkongsi dengan Berita Harian (BH), Pengerusi masjid tersebut, Ustaz Mohamed Ali Atan, berkata pihak masjid melaksanakan langkah pengurusan selamat seperti memastikan jemaah mematuhi jarak selamat dan elak bersentuhan dan bersalaman.



Sejauh ini, Ustaz Ali berkata para jemaah rata-rata memberi kerjasama dan semakin peka tentang keperluan untuk divaksin sepenuhnya atau menjalani PET.



Justeru, beliau melahirkan penghargaan kepada jemaah dan melahirkan keyakinan bahawa dengan berkat kesabaran masyarakat, keadaan wabak ini dapat diharungi bersama.



"Dengan semangat Hari Raya korban dalam keadaan norma baru dan cabaran yang dihadapi kini, para jemaah juga telah berkorban untuk memastikan kita jaga keselamatan diri kita, keluarga serta jemaah lain.



"Kita perlu istiqamah, berhati-hati dan tidak mengambil ringan keadaan ini. Jika kita dapat memastikan keselamatan, mudah-mudahan lebih banyak masjid dan lebih banyak ruang di masjid akan ditambah secara bertahap supaya jemaah lain di luar sana boleh turut berada di masjid kita," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >