Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Solat Jumaat saf rapat lancar, aturan lain Covid-19 dipatuhi

Mar 19, 2022 | 05:30 AM



SOLAT Jumaat dengan saf rapat - tanpa jarak selamat Covid-19 buat kali pertama sejak sekitar dua tahun lalu - berjalan dengan lancar di masjid-masjid semalam.



Relawan yang ditemui Berita Harian (BH) di Masjid Kampung Siglap, contohnya, berkata pengurusan solat Jumaat tidak menghadapi sebarang hambatan kecuali beberapa jemaah belum biasa dengan kelonggaran terkini sekatan Covid-19.



Encik Othman Kasim, yang berkhidmat sebagai relawan masjid itu sejak lebih 10 tahun lalu, berkata:



"Allhamdulillah keadaan lebih meriah hari ini (semalam), tapi agak keliru juga sebab ada orang masih tak faham sama ada nak rapatkan saf atau tidak.



"Jadi kita bantu dan memberi penerangan kepada mereka, bahawa mereka boleh rapatkan saf bersama jemaah lain. Sesudah itu mereka okay sahajalah."



Menurut pemandu Grab itu, kelonggaran terkini itu, yang diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) baru-baru ini, disambut baik jemaah.



"Ini sesuatu yang telah dinanti-nantikan," ujarnya.



Semalam hari kedua solat berjemaah dengan saf rapat dibenarkan di masjid. Namun, jemaah masih dikehendaki memakai pelitup dan membawa sejadah sendiri.



Tempahan bagi kedua-dua sesi solat Jumaat, yang boleh menerima hingga 1,200 jemaah, atau 600 orang setiap sesi, didapati penuh di laman MuslimSG.



Menurut kakitangan Masjid Kampung Siglap, setiap saf dalam dewan solat boleh menampung hingga 20 orang, berbanding sekitar separuh jumlah itu semasa langkah jarak selamat dikuatkuasakan.



Enam zon solat disediakan di masjid itu dan kesemua zon kelihatan penuh semalam.



Seorang kakitangan masjid, Encik Mohamed Faizal Alaudin, 39 tahun, berkata persiapan bagi sesi pertama solat Jumaat tanpa jarak selamat dimulakan sejak Rabu malam.



"Bagi menyesuaikan zon pertama hingga ketiga di aras bawah, kami bersihkan dan keluarkan tanda jarak selamat pada Rabu malam.



"Kemudian pada Khamis, selepas subuh kami bersihkan tingkat atas, zon empat hingga enam pula," ujar beliau.



Seorang lagi relawan, Encik Mohd Sani Juwahib, 45 tahun, yang bertanggungjawab menjaga pendaftaran masuk SafeEntry, berkata keadaan berjalan lancar semalam dengan jemaah patuh pada peraturan yang ditetapkan.



"Sekurang-kurangnya jemaah tahu patuh SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan pemerintah, seperti membuat tempahan, mendaftar masuk dengan SafeEntry dan menunjukkan bukti vaksinasi.



"Dan Alhamdulillah akhirnya kami dapat melaksana apa yang kami inginkan sepanjang dua tahun lalu.



"Saya rasa masyarakat kita pun rasa gembira dengan apa yang telah diluluskan pemerintah," tambahnya.



Dua jemaah, Encik Kamsani Ali, 63 tahun, dan Encik Zulkiflee Ramli, 55 tahun, memberitahu wartawan mereka sangat berbesar hati dapat mendirikan solat berjemaah dengan saf rapat semula.



"Lagipun sudah dekat Ramadan ini, kami berharap dapat terawih secara berjemaah dengan saf rapat dan lebih banyak tempat solat," kata Encik Zulkiflee, seorang pegawai Certis.



Encik Kamsani berkata beliau tidak lagi khuatir terhadap penularan Covid-19 memandangkan masyarakat Singapura sudah biasa dengan penyakit itu.



"Bagi saya, ini semua sudah menjadi perkara biasa untuk kita semua," ujar beliau.



Dua sahabat itu dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.



"Penyakit ini dah tak macam dulu lagilah. Waktu permulaan simptom jangkitannya agak berat, tapi sekarang nampaknya dah semakin ringan.



"Jadi kami harapkan hidup dapat kembali seperti biasa," ujar Encik Kamsani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >