MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, bersyukur semangat dan kegiatan Masjid Kampong Holland (MKH), yang akan ditutup selepas 30 April, dapat terus dihidup dan diimarahkan di Masjid Mujahidin.
Bahkan, pihaknya sedang melihat bagaimana pengalaman lama pemimpin MKH dapat dikongsi dan dimanfaatkan golongan muda bagi membina kepakaran menghadapi cabaran serupa andainya mereka berdepan dengannya pada masa depan.