Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Solat tarawih di 10 masjid: Tidak lagi perlu buat tempahan

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



JEMAAH yang ingin menunaikan solat tarawih di 10 masjid yang mempunyai permintaan tinggi di beberapa bahagian di Singapura tidak lagi perlu menempah slot mereka lebih awal.



Demikian diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan yang dikongsi di media sosial pada 28 Mac 2023.



Muis berkata bersama-sama masjid, ia telah memantau kehadiran bagi solat tarawih pada beberapa malam kebelakangan.



Hasil pemantauan tersebut mendapati bahawa terdapat cukup ruang bagi jemaah, termasuk di 10 masjid yang mendapat permintaan tinggi.



Bahkan, kehadiran di sembilan daripada 10 masjid tersebut juga telah menurun ke tahap bawah 70 peratus, kata Muis.



"Disebabkan itu, dengan sukacita kami memaklumkan kepada masyarakat bahawa tempahan tidak lagi diperlukan di 10 masjid ini berkuat kuasa serta-merta.



"Semua tempahan bagi solat Isyak atau tarawih bagi baki malam Ramadan akan terbatal secara automatik," jelas Muis.



Di Facebook, sekitar sejam setelah kenyataan tersebut dikongsi, ia menerima lebih 400 'likes', 48 komen dan 154 perkongsian.



Rata-rata warga net menyambut baik pengumuman tersebut, dengan segolongan memuji usaha Muis memantau keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya dengan cepat.



Ada juga yang melahirkan harapan agar tempahan slot solat juga tidak akan diperlukan bagi solat Hari Raya kelak.



Terdapat juga warga net yang lega dengan pengumuman terkini itu, sambil mengatakan bahawa segolongan warga emas kurang tahu cara melakukan tempahan secara dalam talian.



Awal sebelum ini, Muis dalam kenyataannya pada 13 Mac 2023, berkata sejumlah 98,550 ruang akan disediakan di 67 masjid sepanjang Ramadan.



Jemaah yang ingin menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Al-Islah, Masjid Al-Istighfar, Masjid Al-Taqua, Masjid Darul Ghufran, Masjid An-Nur, Masjid Darul Makmur, Masjid Yusof Ishak, Masjid Al-Abrar, Masjid Tasek Utara dan Masjid Al-Khair perlu membuat tempahan slot.



Ini kerana 10 masjid itu mempunyai permintaannya tinggi sementara ruangnya terhad.



Tempahan tersebut boleh dibuat menerusi laman https://prayerbooking.ourmasjid.sg bermula 16 Mac.



Tiada tempahan diperlukan buat 57 masjid yang lain serata Singapura.



Namun, Berita Harian melaporkan pada 17 Mac 2023 bahawa Muis berkata ia akan menyemak keperluan membuat tempahan bagi solat tarawih di 10 masjid itu dan akan membuat penyesuaian jika perlu.



Semakan itu termasuk memantau kehadiran dan keperluan jemaah pada minggu pertama Ramadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >