Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Solat tarawih di masjid bergema semula

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Solat tarawih di masjid bergema semula

Apr 13, 2021 | 05:30 AM

MASJID serata Singapura kembali bergema pada malam-malam Ramadan setelah solat tarawih secara berjemaah dibenarkan semula mulai malam tadi untuk bilangan jemaah yang terhad dan dengan pelaksanaan langkah pengurusan selamat.

Ini berbeza dengan keadaan tahun lalu apabila semua masjid di sini ditutup sepanjang Ramadan yang jatuh semasa pemutus rantaian jangkitan (CB) bagi membendung penularan Covid-19.

Di Masjid Al-Abdul Razak (gambar atas), relawan ditempatkan di pintu masuk zon solat bagi mengendalikan SafeEntry dan memastikan setiap jemaah tidak lupa mendaftar masuk serta melakukan pemeriksaan suhu badan sebelum melangkah ke ruang solat. Relawan juga ditugaskan memantau keadaan di dalam ruang solat, selain melakukan penyahjangkitan selepas selesai solat tarawih.

"Kami menyediakan 10 sukarelawan untuk menyokong kakitangan masjid sepanjang bulan ini. Mereka memang merupakan relawan yang biasa membantu menguruskan jemaah yang datang menunaikan solat Jumaat sebelum ini, jadi mereka sudah biasa dengan tugas-tugas ini," kata pengerusi Masjid Al-Abdul Razak, Haji Mohd Shahrin Shamsuddin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3