Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majulah Singapura: KISAH KITA

Sorakan penonton suntik semangat dansa Asyraf

Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini memaparkan segmen Kisah Kita - perjalanan kolektif rakyat Singapura sejak dua tahun lalu ketika sama-sama mengharungi kesan Covid-19. Lebih 2,000 peserta telah mengambil bahagian dalam persembahan itu secara langsung. Segmen yang dibahagikan kepada lima bab itu memberi penghormatan kepada sektor masyarakat yang telah memainkan peranan penting dalam perjalanan Singapura menempuhi pandemik dan bangkit lebih kukuh.
Aug 10, 2022 | 05:30 AM



HANYA berbekal pengalaman selama setahun dalam tarian moden, Encik Muhammad Asyraf Mohamed Sukor, telah pun diberi peluang mengambil bahagian dalam persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), di Pentas Terapung di Marina Bay semalam.



Pelajar jurusan Kimia tahun kedua dari Universiti Nasional Singapura (NUS) itu amat gembira dapat melibatkan diri dalam NDP buat julung-julung kalinya. Malah, semalam merupakan kali pertama beliau menyertai acara berskala besar.



"Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang menjadi peserta NDP. Lebih-lebih lagi, sambutan NDP tahun ini kembali rancak setelah beberapa tahun disambut pada skala kecil akibat Covid-19," ujar Encik Asyraf kepada Berita Harian baru-baru ini.



Menurut Encik Asyraf, beliau hanya mula menari sejak di universiti.



Sebelum ini, aktiviti kokurikulumnya (CCA) di sekolah tiada kaitan dengan tarian.



Malah beliau lebih cenderung kepada sukan badminton dan juga pancaragam sekolah.



"Pada mulanya, saya hanya ingin cuba sahaja tetapi tidak sangka terpilih untuk menyertai kelab tarian," ujar pelajar berusia 21 tahun itu.



Encik Asyraf adalah antara penari bagi persembahan Bab 1, yang merangkumi pelajar-pelajar relawan dari hostel NUS dan relawan belia daripada Touch Community Services.



Persembahan Bab 1 telah menggambarkan rakyat Singapura yang menjalani kehidupan yang aman dan damai.



Penonton dihiburkan dengan persembahan penuh tenaga diiringi lagu-lagu rancak yang melambangkan rakyat yang berkembang maju dalam dunia yang stabil lagi selamat.



"Antara ciri yang membuat sambutan tahun ini lebih istimewa adalah penonton yang hadir menyaksikan NDP. Sorakan mereka memberi saya semangat yang berkobar-kobar untuk menari sepenuh hati!



"Tanpa sokongan penonton, saya rasa kami tidak akan berjaya menyampaikan persembahan yang mempunyai 'wow factor'," akur Encik Asyraf.



Selain aktif menari, Encik Asyraf juga aktif dalam kegiatan-kegiatan lain di universiti termasuk dalam rekaan grafik dan perancangan acara.



"Oleh kerana lebih masa diluangkan di sekolah dan untuk NDP, saya amat bersyukur atas sokongan yang diberikan keluarga dan rakan-rakan kepada saya," ujarnya.



"Memandangkan kami telah berjaya mengharungi wabak Covid-19 selama hampir tiga tahun, saya harap Singapura akan kekal maju dan berjaya pada masa hadapan.



"Saya juga harap bahawa kami akan terus melakukan yang terbaik terutama sekali untuk generasi-generasi seterusnya agar mereka dapat merasakan keselesaan dan kesejahteraan yang belia-belia seperti saya nikmati hari ini," ujar beliau.




SEKITAR NDP



"Tahun ini, saya berpeluang berada di The Float@Marina Bay bersama para penonton dan menikmati persembahan dari mula hingga akhir... Saya rasa amat teruja melihat kemeriahan dan semangat yang ditunjukkan penonton."
- Cik Qashdina Syahrain Khairul Anuar, 18 tahun, yang ditugaskan sebagai 'NDP Motivator'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >