Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SP Group lancar 38 tempat pengecas kenderaan elektrik

Jan 10, 2019 | 05:30 AM



SYARIKAT pembekal tenaga SP Group telah melancarkan kumpulan pertama tempat mengecas kenderaan elektrik.



Langkah itu bertepatan dengan langkah syarikat pengangkutan sewa swasta, Grab, memanfaatkan kemudahan tersebut untuk mengecas kereta-kereta elektriknya.



Kesemua 38 tempat pengecasan - 19 alat pengecas yang mempunyai arus berubah arah (AC) sebanyak 43 kilowatt dan 19 alat pengecas 50 kilowatt langsung (DC) - merupakan pengecas berkelajuan tinggi yang mampu menambah kuasa pada kereta elektrik bersaiz sederhana dalam masa sejam, berbanding enam hingga lapan jam menggunakan pengecas dalam rumah.



Dalam kenyataannya, SP berkata tempat pengecasan itu terletak di lapan lokasi serata Singapura, berhampiran dengan pusat makanan, agar pemandu boleh berehat ketika kereta mereka sedang dicas.



Tempat pengecasan tersebut adalah yang pertama daripada 1,000 tempat pengecasan yang SP ingin lancarkan menjelang 2020.



Pengguna boleh mencari dan mengakses tempat mengecas yang disediakan melalui aplikasi SP. Ia boleh dimuat turun di iTunes App Store dan Google Play.



Aplikasi tersebut turut mempunyai fungsi yang memaklumkan pengguna apabila pengecasan selesai. Ia juga membolehkan pengguna membuat pembayaran menerusi kad DBS dan POSB. Kad dari semua bank utama akan disertakan tidak lama lagi, kata SP.



Sistem AC dapat mengecas kereta bersaiz sederhana dalam masa 45 hingga 60 minit, manakala pengecas DC dapat melakukannya dalam masa sekitar setengah jam. SP berkata ia merancang mahu memperkenalkan pengecas berkuasa 350 kilowatt "dalam beberapa tahun mendatang".



Pengecas tersebut dapat mengecas kereta berprestasi tinggi dalam kira-kira 15 minit.



Ketika ini, pengguna perlu membayar 41.4 sen bagi setiap kilowatt jika mereka menggunakan pengecas AC dan 47.3 sen setiap kilowatt bagi pengecas DC. Mengikut kadar ini, SP berkata pemandu kereta elektrik boleh menjimat sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding mereka yang memandu model setanding yang menggunakan petrol.



Namun, akhbar The Straits Times difahamkan bahawa Grab akan memberi diskaun kepada para pemandu elektriknya.



Syarikat tersebut dijangka menerima 20 kereta Hyundai Kona Electric bulan ini. Kereta ini - yang boleh memandu sejauh 400 kilometer jika dicas sehingga penuh - adalah sebahagian daripada 200 kereta yang telah dipesan Grab.



Ogos lalu, syarikat pengangkutan itu telah membuat pengumuman bahawa ia bakal memperkenalkan kereta tersebut sebagai sebahagian daripada perkongsian dengan SP Group.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SP, Encik Wong Kim Yin, berkata rangkaian pengecasan SP akan "menggalak penggunaan mobiliti hijau yang lebih meluas di Singapura, dan membolehkan pemandu untuk berjimat".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >