Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SP Group: Sesetengah pelanggan terus alami gangguan lepas bekalan elektrik pulih

Sep 18, 2018 | 06:39 PM



SEMENTARA bekalan elektrik kembali pulih sepenuhnya pada 1.56 pagi tadi, sesetengah orang terus mengalami gangguan.



Menerusi laman Facebook mereka petang tadi (18 September), pengendali khidmat elektrik SP Group berkata ini kerana mereka perlu melaraskan semula rangkaian dalaman bangunan mereka.



“Kami telah menawarkan bantuan di sesetengah bangunan ini,” ujar SP.



Tambahnya, mereka juga telah memberi maklumat terkini secara progresif kepada orang awam menerusi laman media sosial mereka.



“Semasa pasukan kami sedang menangani gangguan (elektrik) itu, panggilan dibuat dan mesej dikirimkan ke talian, e-mel dan laman media sosial SP serta agensi lain juga.



“Kami harap orang ramai dapat memahami bahawa kami tidak dapat menangani pertanyaan mereka secara individu.



“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kesabaran dan sokonagn anda,” kata SP.



Beberapa kawasan di Singapura – dari Bedok ke Jurong – diselimuti kegelapan awal pagi tadi, sehingga menjejas hampir 150,000 orang.



Bekalan elektrik terganggu di 19 kawasan di negara ini pada 1.18 pagi dan keadaan kembali pulih seperti biasa 38 minit kemudian, iaitu pada 1.56 pagi.



Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) berkata mereka sedang menyiasat kejadian bekalan elektrik terputus itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >