Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SP Group, unit SMRT jalin kerjasama cas kenderaan elektrik

May 29, 2021 | 05:30 AM



ANAK syarikat SMRT, Strides Transportation, telah menandatangani satu perjanjian dengan pembekal utiliti SP Group untuk menawarkan pemandu kenderaan elektrik (EV) dan pelanggan korporat mereka akses kepada pengecas berkelajuan tinggi SP seluruh Singapura.



Ini akan memudahkan dan mempercepat proses mengecas kenderaan bagi pemandu Stride, menurut satu kenyataan bersama dua syarikat itu semalam.



Strides, anak syarikat milik penuh pengendali pengangkutan SMRT, menyediakan khidmat sewa kenderaan, pemandu peribadi dan khidmat mobiliti bandar mampan.



Anak syarikat SP Group, SP Mobility, kini mempunyai 340 pengecas di 71 lokasi di Singapura, termasuk di pusat beli-belah dan kawasan perniagaan serta tapak industri, dengan sepertiga daripadanya pengecas berkelajuan tinggi.



Dalam kenyataan tersebut, dua syarikat itu menyatakan mereka bersetuju melancarkan tawaran "khidmat elektrifikasi" yang digambarkan sebagai rangkaian huraian merangkumi penyediaan serta penyenggaraan pelbagai kenderaan elektrik, infrastruktur pengecasan dan wadah pengurusan digital.



"Strides akan memanfaatkan rangkaian pengecas EV awam berkelajuan tinggi SP, yang merupakan rangkaian terbesar di Singapura, untuk menyediakan khidmat itu.



"Kededua pihak juga bersetuju bekerjasama secara strategik untuk meneroka huraian teknologi bagi mempertingkat tawaran khidmat elektrifikasi bagi pelanggan EV, termasuk menyediakan dan mengendalikan tempat pengecas di premis pelanggan," katanya dalam kenyataan itu.



Dua syarikat itu akan bekerjasama untuk mewujudkan hurian bertujuan membantu syarikat dan pemilik kenderaan korporat mempercepat rancangan kemampanan mereka, tambahnya.



Ketua Pegawai Eksekutif SP Group, Encik Stanley Huang, berkata: "Kami komited mempercepat pemindahan mobiliti hijau Singapura dan membolehkan penggunaan lebih meluas dengan menambah akses, kemudahan pada harga berpatutan.



"Selain menambah kepada infrastruktur rangkaian terbesar di Singapura, kami akan menggunakan teknologi ini untuk mencari cara baru memenuhi keperluan perniagaan Stride serta memenuhi keperluan pengecasan ekosistem EV,"



Presiden SMRT Road Holdings Tan Kian Heong pula berkata: "Sebagai pihak dalam ekosistem EV, kami ingin meyakinkan kesemua rakan kongsi Strides bahawa tawaran khidmat elektrifikasi menawarkan huraian yang boleh memenuhi keperluan mereka.



"Kami mengalu-alukan kerjasama dengan SP Group, yang akan membantu kami membekalkan kuasa kepada kenderaan elektrik kami, termasuk teksi elektrik akan datang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >