Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPC, yang dimiliki syarikat dari China, bida $93 juta bagi tapak stesen minyak di Bukit Batok

Sep 14, 2018 | 04:00 PM



PENJUAL minyak kenderaan, Singapore Petroleum Co (SPC) telah mendapatkan tapak stesen minyak dengan membida jumlah rekod $92.7 juta - sesuatu yang mencadangkan hasrat entiti yang milik syarikat dari China itu untuk memperluas operasinya di sini.



Bidaan SPC, yang telah mengantikan lambang ‘singa melompat’ dengan lambang bunyak milik PetroChina, itu, adalah 20 peratus lebih tingi daripada bidaan kedua tertinggi daripada gergasi minyak Amerika Syarikat Chevron.



Chevron, yang pada masa ini mengendalikan stesen minyak Caltex di tapak di Bukit Batok itu, membida $77.3 juta, dan SPC akan mengambil alih tapak itu dengan tempoh pajakan 30 tahun yang bermula penghujung tahun ini, kata The Straits Times dalam laporannya.



Bidaan Chevron itu serupa dengan bidaan oleh Shell, yang membida $76 juta, dan pendatang baru Sinopec, yang membida $63.2 juta, mengikut keputusan tender terkini dari Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB).



Bidaan SPC itu mengejutkan industri.



Kali terakhir sesuatu seperti ini berlaku adalah pada 1997, apabila Esso membida bagi tapak stesen minyak di Woodlands dengan bidaan $42 juta, yang hampir 30 peratus lebih tinggi daripada bidaan terdekat.



SPC atau PetroChina tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan, tetapi seorang yang dekat dengan industri berkata: “Bidaan SPC itu bak tidak masuk akal.”



Beberapa pemerhati menyuarakan keprihatinan bahawa sebahagian kos akan dialihkan kepada pengguna, tetapi konsultan minyak veteran Encik Ong Eng Tong - yang pernah bekerja di SPC - berkata keadaan itu tidak mungkin timbul kerana pasaran minyak di sini ‘amat kompetitif’.



Menurut Encik Ong, syarikat minyak usually membida secara agresif untuk mendapatkan tapak yang dijangka boleh menarik ramai pelanggan - seperti yang diperolehi oleh SPC - dan akan membahagi- bahagikan kos ini ke stesen minyak lain yang dimilikinya.



SPC memiliki 38 stesen pam minyak di serata Singapura, jumlah yang sama semasa PetroChina mengambil alih syarikat ini sekitar sedekad yang lalu.



Menurut ST, Caltex akan mengosongkan tapak Bukit Batok itu pada penghujung tahun.



Perang bidaan ini timbul berlatar harga minyak yang melonjak ke paras rekod , dengan harga diesel mencecah $1.85 seliter, sebelum diskaun, dan petrol mencapai $2.80 seliter.



Namun, Encik Ong berkata keuntungan yang dikaup syarikat minyak tidak berubah.



“Ia perniagaan berdasarkan jumlah (minyak) yang dijual,” katanya. “Dan mereka mengaup untuk daripada kedai runcit.”



Tapak di Bukit Batok ini seluas sekitar 1,552 meter persegi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >