Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Speaker: AP dinasihati elak buat dakwaan tidak berasas di Dewan

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



PARLIMEN menjelaskan peraturannya bagi tatalaku dalam Dewan menerusi satu kenyataan di Facebook yang dikongsi oleh Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, semalam.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Encik Tan berkata beliau menjangkakan para Anggota Parlimen (AP) dapat menyokong apa yang mereka katakan di Dewan dengan bukti kukuh dan beliau tidak akan teragak-agak untuk bersikap tegas jika perlu.



Sekiranya setiap AP bercakap, berbahas dan bertanya soalan sesuka hati mereka, ini adalah tidak wajar dan Parlimen akan menjadi huru-hara, tambahnya.



Dalam keadaan seperti itu, jika beliau tidak membenarkan AP untuk bercakap, ini kerana mereka tidak mengikut peraturan atau tiada keperluan bagi mereka melakukan demikian.



"Apabila itu berlaku, peranan saya ialah untuk memastikan disiplin serta menjaga maruah dan tertib di dalam Dewan," ujarnya.



Tingkah laku AP di dalam Dewan perlu dikawal Speaker Parlimen dan dibimbing peraturan yang menetapkan bila seseorang AP boleh bercakap dan bagaimana mereka harus berbuat demikian.



Antara peraturan itu ialah AP tidak sepatutnya bercakap kecuali mereka telah dipanggil untuk berbuat demikian oleh Speaker Parlimen.



Speaker Parlimen juga boleh mengarahkan AP untuk berhenti bercakap selepas mendapati bahawa AP itu terus menyatakan perkara yang tidak relevan atau mengulangi apa yang diucapkannya.



AP juga perlu menujukan ucapannya kepada Pengerusi semasa beliau berhujah dan tidak boleh bercakap dengan AP lain secara langsung.



Misalnya, mereka tidak boleh berkata "ucapan anda" atau "anda berkata demikian" semasa mereka bercakap.



Selain itu, AP tidak harus membuat dakwaan tidak berasas dan tidak disokong bukti kukuh di Parlimen.



Peraturan ini membolehkan prosiding Parlimen berlangsung secara bermaruah, teratur dan berkesan, sedang AP diberi peluang menyampaikan ucapan, penjelasan dan penerangan berhubung hal tertentu, menurut kenyataan yang difailkan di bahagian Good to Know di laman Facebook Parlimen Singapura itu.



Bahagian itu turut mempunyai penjelasan mengenai prosiding Parlimen lain dan perkara seperti Jawatankuasa Pilihan dan Kenyataan Menteri.



Kenyataan terkini di Facebook Parlimen itu menyusuli sidang Parlimen bulan ini, di mana AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, mempersoalkan langkah urusan selamat yang didakwa dilaksanakan di beberapa sekolah namun tidak memberi bukti untuk menyokong dakwaannya. Beliau sekadar berkata beliau menerima maklum balas dari penduduk.



Apabila diberi peluang membuat penjelasan keesokan harinya, Encik Leong mengulangi dakwaannya.



Selepas diingatkan beberapa kali oleh Encik Tan agar tidak menyampaikan satu lagi ucapan semasa memberi penjelasan peribadinya, Encik Leong berkata beliau mendapatkan maklumat menerusi tangkap layar daripada sebuah kumpulan Telegram bernama 'SG Concerned Parents' yang dihantar kepadanya oleh seorang teman Facebook beliau.



Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, memberi peringatan tegas kepada AP bahawa mereka harus bersikap bertanggungjawab semasa menjalankan hak istimewa mereka untuk bercakap di Parlimen, sebagai respons kepada Encik Leong yang gagal menghasilkan bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya.



Cik Indranee dan Encik Tan turut menekankan mengenai hak istimewa di Parlimen itu selepas mantan AP Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, mengaku berbohong di Parlimen dalam ucapan yang disampaikannya pada 3 Ogos tahun lalu.



Menerusi kenyataan di laman Facebook mereka semalam, Parlimen menjelaskan bahawa penjelasan peribadi merupakan peluang bagi AP membuat kenyataan pendek untuk menjelaskan, memberi justifikasi atau memohon maaf atas kelakuannya berkaitan dengan soalan atau situasi tertentu, atau untuk membetulkan gambaran yang dikatakan salah.



AP boleh membuat penjelasan itu hanya selepas mendapat kebenaran daripada Speaker Parlimen, dengan AP tersebut harus mengemukakan butiran penjelasan itu terlebih dahulu.



Berdasarkan Peraturan Tetap 25, tiada hal kontroversi yang boleh diutarakan semasa AP membuat penjelasan peribadi dan ia tidak boleh dibahaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >