Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Speaker: Bakal NMP baru punya pencapaian wajar dipuji

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI sembilan individu, termasuk seorang pemimpin kesatuan dan seorang konsultan bersekutu pergigian Melayu, telah dipilih oleh Jawatankuasa Pilihan Khas untuk dicalonkan kepada Presiden agar dilantik sebagai Anggota Parlimen Dilantik (NMP).



Encik Abdul Samad Abdul Wahab, 48 tahun, dan Dr Shahira Abdullah, 33 tahun, antara mereka yang dipilih daripada 61 borang usulan yang diterima jawatankuasa itu.



Ketika dihubungi Berita Harian, Encik Abdul Samad menyifatkan pelantikan sebagai NMP sebagai satu penghormatan, dan beliau akan memberi tumpuan dalam mengetengahkan keprihatinan serta aspirasi pekerja di Parlimen, untuk membantu mereka menikmati gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan lebih baik.



"Bagi saya, ini satu penghargaan besar, diberi kepercayaan menjadi wakil dan saya komited mendengar rintihan, cabaran dan aspirasi pekerja serta mengetengahkannya," ujarnya.



Encik Abdul Samad menambah bahawa beliau antara lain akan memberi tumpuan pada tiga bidang utama, iaitu berjuang untuk mengukuhkan teras Singapura dalam tenaga kerja setempat, memperluas Model Gaji Progresif (PWM) kepada lebih banyak industri, dan memastikan lebih banyak peluang bagi pekerja matang,



Dr Shahira pula perunding bersekutu dalam pasukan pembedahan pergigian di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).



Beliau juga giat menyumbang kepada masyarakat dan menyertai Kelab Mendaki pada 2014 serta berkhidmat sebagai naib presidennya pada 2019.



"Saya ingin menjadi suara bagi golongan belia dan masyarakat Melayu/Islam.



"Saya ingin menggalak sifat inklusif, kepelbagaian dan perwakilan dalam masyarakat dan dalam kalangan belia di sini," ujar Dr Shahira, yang juga anggota Majlis Belia Nasional (NYC).



Pada 2019, beliau dilantik oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) sebagai antara anggota panel Pelan Tindakan Belia SG untuk mendekati belia tentang visi mereka bagi Singapura 2025.



Calon NMP lain yang dipilih ialah Pengerusi SISTIC, Cik Janet Ang; Pengarah Sekretariat Persekutuan E-Sukan Global, Encik Mark Chay; Pengarah Urusan Kumpulan GuocoLand Limited, Encik Cheng Hsing Yao; Profesor Hoon Hian Teck daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU); Profesor Koh Lian Pin daripada Universiti Nasional Singapura (NUS); Rakan Kongsi di firma guaman Tang Thomas LLC, Encik Joshua Thomas Raj; dan Pengarah Klinikal Pusat Buah Dada Thomas, Dr Tan Yia Swam.



Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen semalam, Presiden Halimah Yacob akan melantik mereka sebagai NMP bagi satu penggal selama dua setengah tahun mulai 21 Januari.



Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, berkata calon yang dipilih itu mempunyai pencapaian wajar dipuji dalam bidang yang diceburi mereka serta pengetahuan baik tentang isu dekat dengan hati mereka.



"Saya mengalu-alukan pelbagai pandangan dan pengalaman yang akan mereka bawa ke Dewan apabila kami membahaskan isu berkaitan Singapura dan warga Singapura," ujarnya.



Ketua Dewan Indranee Rajah, yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas, berkata pengetahuan khusus sembilan NMP itu dalam bidang masing-masing akan meningkatkan perbahasan di Parlimen.



"Saya mengalu-alukan perspektif dan idea baru yang akan diketengahkan NMP baru ini di Parlimen sedang kami berusaha membantu Singapura mengharungi pandemik Covid-19 dan bangkit lebih kukuh," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >