Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: EHWAL MASYARAKAT ISLAM

Speaker ingatkan AP tanggungjawab pemimpin negara

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



SPEAKER Parlimen, Tan Chuan Jin mengingatkan para Anggota Parlimen (AP) tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin negara ini dalam ucapan penutup Perbahasan Belanjawan di Parlimen semalam.



Encik Tan menukil iktibar daripada pilihan raya presiden di Amerika Syarikat, yang menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan memberi kesan dan bagaimana AP bertindak di dewan juga penting agar tidak memecah belahkan masyarakat.



"Kita harus berwaspada (semasa berbincang dan memberi pandangan di Parlimen).



"Kita perlu membantu masyarakat kita faham mengapa kita melakukan ini.



"Kita boleh bersependapat dan kita boleh bercanggah pendapat...tetapi kita harus melakukannya dengan cara yang membina dan tidak hanya bersetuju dengan perkara yang paling kecil sahaja," ujar Encik Tan.



Dalam ucapannya itu juga, Encik Tan menarik perhatian bahawa usaha yang dilakukan hari ini adalah berdasarkan kerja keras pemimpin sebelum ini.



Menurut beliau, ketika perbahasan tahunan Belanjawan dan Jawatankuasa Perbekalan, para AP membincangkan isu-isu dengan terperinci kerana ia sesuatu yang perlu.



Namun pada masa sama, Encik Tan mengingatkan mereka agar tidak melupakan segala kerja keras para pemimpin yang terdahulu.



"Dalam kita untuk memperbaiki keadaan dan memperkenalkan inisiatif dan idea baru, jangan lah kita lupa usaha yang dijalankan oleh ramai daripada mereka sebelum kita.



"Usah kita terlalu tertumpu kepada satu isu negatif dan terus melupakan semua kerja-kerja baik yang dilakukan selama ini," gesa beliau.



Encik Tan turut menghargai cara parlimen bersidang dan mengetengahkan hujah, dengan tersusun dan beradab.



Satu pemerhatian beliau ialah dalam sidang perbahasahan ialah terdapat tahap kesedaran dan minat lebih tinggi bukan sahaja terhadap pembangunan fizikal tetapi juga "jiwa dan raga".



Sebagai contoh, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) menerima 80 ucapan daripada AP manakala Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) menerima 50.



Sementara itu, dalam ucapannya pula, Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah berkata sokongan dewan terhadap langkah-langkah Covid-19 mencerminkan tekad Singapura untuk membawa rakyat keluar dari pandemik ini dengan selamat dan membina daya ketahanan.



"Kita dengan tepatnya mengenal pasti sumbangan berharga pekerja jagaan kesihatan dalam memerangi Covid-19 dan terhutang budi terhadap pengorbanan yang telah mereka lakukan dan terus lakukan," kata Cik Indranee.



Ini termasuk bersetuju untuk meningkatkan gaji golongan itu, dengan ada AP memberi saranan untuk merangsang prospek kerjaya dan peluang melanjutkan kerjaya untuk jururawat dan karyawan jagaan kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >