Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Speaker AS Nancy Pelosi lawat SG

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Speaker AS Nancy Pelosi lawat SG

Aug 01, 2022 | 05:30 AM

SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Cik Nancy Pelosi dijangka tiba di Singapura hari ini bagi lawatan selama dua hari.

Jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengesahkan demikian semalam menyusuli kenyataan pejabat Cik Pelosi serta catatan di media sosialnya berhubung lawatan beliau ke Asia.

Selain Singapura, Cik Pelosi yang akan mengetuai satu delegasi seramai enam anggota akan juga ke Jepun, Malaysia dan Korea Selatan.

"Delegasi akan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong serta bertemu dengan beberapa menteri kabinet,'' ujar jurucakap MFA semalam.

Cik Pelosi menyatakan lawatannya ke Asia bertujuan mengesahkan 'komitmen Amerika terhadap rakan-rakannya di rantau ini'.

"Di Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan Jepun, kami akan mengadakan mesyuarat peringkat tinggi untuk berbincang bagaimana kami dapat melanjutkan kepentingan dan nilai kami bersama,'' ujar Cik Pelosi.

Ia termasuk bidang-bidang seperti keamanan dan keselamatan; pertumbuhan ekonomi dan perdagangan, pandemik Covid-19, krisis iklim, hak asasi manusia dan pengawalan demokratik.

Kenyataan akhbar oleh pejabat Cik Pelosi menyatakan lawatan itu akan 'menumpukan terhadap keselamatan bersama, usaha sama ekonomi dan pengawalan demokratik di rantau Indo-Pasifik'.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3