Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Spesies baru tumbuhan ditemui di hutan S'pura

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



TOMPOK yang kelihatan seperti lumut di sebatang pokok di Hutan Simpanan Bukit Timah dilihat oleh Dr Ho Boon-Chuan pada 2015 telah membantu menaikkan namanya dalam sejarah flora, apabila tumbuhan tersebut disahkan sebagai spesies baru dalam sains.



'Gaolejeunea hoi' diberi nama oleh Dr Ho dan kini endemik di Singapura.



Ia ditemui pada beberapa pangkal pokok dan akar terdedah di Hutan Simpanan Bukit Timah dan Nee Soon.



Tumbuhan itu diletakkan di bawah keluarga liverwort, yang merupakan 'sepupu' lumut.



Spesies ini adalah salah satu daripada sembilan tumbuhan, kulat dan alga yang diterbitkan tahun lalu sebagai rekod baru atau penemuan semula, dengan lebih separuh daripadanya dikesan di hutan simpanan semula jadi.



Dr David Middleton, pengarah penyelaras penyelidikan dan pemuliharaan di Taman Botani Singapura, berkata Dr Hoe telah menyerahkan spesimen penemuannya kepada dua pakar lumut dari China.



Kedua-duanya telah menyertai Taman Botani Singapura untuk membantu dalam projek mengkatalogkan dan menerangkan semua spesies tumbuhan di Singapura.



Mereka mengkaji dengan teliti ciri-ciri tumbuhan itu untuk mengesahkan bahawa ia adalah spesies baru.



Selepas penjujukan gen, mereka mendapati bahawa spesies itu adalah yang kedua di bawah gen Gaolejeunea, yang merujuk kepada kategori tumbuhan yang berkait rapat.



Sebelum ini, hanya satu spesies yang diketahui ditemui di China diklasifikasikan di bawah kategori ini.



Dr Middleton berkata:



"Hutan Simpanan Bukit Timah sudah dilindungi dengan baik, dan lumut (Gaolejeunea hoi) akan terus tumbuh.



"Di situlah ia sepatutnya bertumbuh."



Sebagai sebahagian daripada projek mengkatalog Flora Singapura, spesies baru ini akan dimasukkan dalam buku tentang 'briofit' - sekumpulan tumbuhan yang termasuk lumut dan liverwort.



Sebanyak 14 jilid akan dihasilkan daripada projek 10 tahun itu. Tiga daripadanya - jilid pengenalan, satu tentang keluarga rumput, dan satu lagi tentang sekumpulan tumbuhan berbunga - diterbitkan pada 2019.



Antara lapan penemuan lain yang diterbitkan tahun lalu, lima daripadanya adalah spesies baru yang direkodkan di Singapura - termasuk alga merah pertama ditemui dalam air tawar di sini.



Satu lagi rekod baru ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga buah ara, tetapi identitinya telah menjadi misteri selama 16 tahun.



Ini kerana terdapat banyak spesies dalam kumpulan itu, dan kebanyakannya kelihatan serupa, jelas Dr Middleton.



Tetapi baru-baru ini namanya telah diberikan kepada tumbuhan yang ditemui di Pulau Ubin - dengan bantuan dari Perancis dan tebuan.



Sesetengah tebuan diketahui bertelur di dalam buah ara, dan tebuan kecil ditemui di dalam buah ara kecil pada tumbuhan Pulau Ubin.



Selepas bertahun-tahun mengkaji tumbuhan, penyelidik di sini percaya tumbuhan itu dipanggil 'Ficus subulata'.



Mereka menghantar buah ara itu kepada pakar di Perancis, dan saintis mengesahkan bahawa serangga tersebut diketahui memasuki buah ara 'Ficus subulata'.



Baki tiga penemuan adalah penemuan semula, yang bermaksud mereka sebelum ini dianggap telah pupus secara nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >