Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPF lancar program dekati pelajar sekolah rendah

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN Polis Singapura (SPF) telah melancarkan program Police Pal bagi usaha mendekati pelajar sekolah rendah.



Sebanyak 116 sekolah rendah di Singapura yang melibatkan sekitar 112,113 pelajar akan mengambil bahagian dalam pelancaran program Police Pal yang bermula Januari tahun depan.



Program itu telah dilancarkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, sempena acara peringkat akhir Liga Delta yang berlangsung di Facebook Delta League SG semalam.



Program itu dibangunkan dari inisiatif 'Young Police Buddy' yang dimulakan oleh Divisyen Polis Bedok pada 2019. Ia bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah rendah tentang pencegahan jenayah.



Mereka juga akan dapat memahami peranan dan tanggungjawab pihak polis menerusi aktiviti menarik dan interaktif.



Program ini menjadi bahagian penting bagi rangkaian penglibatan belia SPF dan usaha mereka untuk mendekati masyarakat dari usia muda.



Dalam membangunkan program ini, SPF telah bekerjasama rapat dengan jabatan Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) Kementerian Pendidikan (MOE) untuk memastikan kandungan program ini relevan dan menarik bagi pelajar sekolah rendah.



Program Police Pal distrukturkan kepada tiga peringkat. Setiap peringkat memerlukan pelajar untuk melengkapkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan polis dan pencegahan jenayah sebelum mereka dapat pergi ke peringkat seterusnya.



Tema bagi tiga peringkat itu adalah:



1) Peringkat satu - Mengenali polis dan apa yang mereka lakukan;



2) Peringkat dua - Mengetahui bagaimana polis bekerjasama dengan masyarakat untuk menjaga keselamatan; dan



3) Peringkat tiga - Mengetahui bagaimana polis menjaga undang-undang dan ketenteraman negara



Program Police Pal memberi peluang kepada guru untuk melibatkan pelajar mereka tentang keselamatan semasa perjalananan pembangunan perwatakan pelajar serta belajar cara melindungi diri mereka daripada jenayah.



Tambahan pula, ia menggabungkan aktiviti bagi pelajar untuk menyelesaikannya bersama ibu bapa mereka.



Program rintis Police Pal ini telah dimulakan di tujuh sekolah rendah dari Januari hingga September 2021 - Sekolah Rendah Stamford; Sekolah Rendah Gan Eng Seng; Sekolah Rendah Singapore Chinese Girls; Sekolah Rendah Greendale, Sekolah Poi Ching, Sekolah Rendah; Teck Whye dan Sekolah Rendah Greenwood.



Dengan sokongan dan maklum balas yang diterima dari sekolah-sekolah rendah ini, program itu telah diperhalusi untuk pelancaran seluruh Singapura tahun depan.



Sementara itu, SPF juga telah menjayakan edisi ke-21 Liga Delta. Program penglibatan belia itu dianjurkan bersama Majlis Pencegahan Jenayah Nasional (NCPC) dan SPF.



Sebelum ini, Liga Delta beraksi menerusi pertandingan bola sepak. Namun, ekoran Covid-19, polis telah beralih kepada e-sukan sejak Disember 2020, untuk meneruskan program penglibatan bersama belia itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >