Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

SPH akan alih perniagaan media ke entiti bukan keuntungan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SPH akan alih perniagaan media ke entiti bukan keuntungan

May 06, 2021 | 10:32 AM

KUMPULAN media Singapore Press Holdings Ltd (SPH) akan memindahkan perniagaan media ke sebuah entiti bukan keuntungan yang baru.

Ia dilakukan di tengah-tengah cabaran disebabkan pendapatan pengiklanan yang merosot, menurut kenyataan SPH kepada Bursa Singapura (SGX) pada Khamis (6 Mei).

Kesemua perniagaan berkaitan media di SPH termasuk anak syarikat yang relevan, pekerja, News Centre dan Print Centre serta aset teknologi maklumat akan dipindahkan ke anak syarikat milik penuh syarikat itu, SPH Media Holdings Pte Ltd.

SPH akan menyediakan sumber awal dan pembiayaan dalam SPH Media dengan suntikan tunai sebanyak $80 juta, $30 juta saham SPH dan unit SPH Reit serta perkongsian SPH dalam empat pelaburan media digital.

SPH Media itu kemudian akan dipindahkan ke entiti bukan keuntungan  pada jumlah nominal. 

Entiti bukan keuntungan itu akan menjadi syarikat awam berhad yang dijamin atau public company limited by guarantee (CLG).

Selepas pemindahan SPH Media ke CLG, SPH tidak akan lagi tertakluk kepada sekatan pemegang saham dan sekatan relevan lain di bawah Akta Suratkhabar dan Percetakan.

Pengerusi SPH Dr Lee Boon Yang berkata SPH Media akan mempunyai sumber bagi menumpukan terhadap usaha rombakan dan bidang kewartawanan yang bermutu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3