Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH bakal lancar dua stesen radio baru

Nov 11, 2017 | 06:30 PM



DUA stesen radio baru milik Singapore Press Holdings (SPH) akan dilancarkan pada Januari 2018.



Stesen radio bahasa Mandarin – 96.3 Hao FM – dan Money FM 89.3, dalam bahasa Inggeris, diumumkan SPH di satu acara perdagangan kelmarin, di mana kakitangan kanan gergasi media itu juga berkongsi tentang perkembangan produk digital dan cetak akhbarnya, The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT).



Ini bermakna SPH Radio, yang membida dengan berjaya bagi tender memulakan dua stesen radio ini Mac lalu, kini mengurus dan mengendalikan lima radio. SPH Radio ialah subsidiari SPH.



Money FM 89.3 ialah stesen radio perniagaan dan kewangan peribadi pertama di Singapura dan dijadual lancar pada 29 Januari.

Rancangan yang disiarkan oleh stesen itu akan diterajui oleh deejay radio mapan seperti Claressa Monteiro, Yasmin Jonkers dan Elliott Danker.



Ia disasarkan kepada golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan peniaga (PMEB), peserta pasaran kewangan serta pendengar awam dan akan menggunakan format rancangan perbualan.

Ia turut memuatkan kandungan daripada ST, BT dan ShareInvestor – satu lagi subsidiari SPH.



96.3 Hao FM pula adalah stesen radio maklumat dan hiburan yang disasarkan kepada pendengar berusia 45 tahun ke atas. 

Ia dijadual memulakan operasi pada 8 Januari dan akan membincangkan topik gaya hidup, jagaan kesihatan dan perancanga kewangan.



Pengurus besar SPH Radio Encik Sim Hong Huat berkata:

“Ini adalah masa yang mengujakan bagi SPH Radio kerana kami bakal melancarkan dua stesen baru tahun depan.

“Dengan sokongan kuat daripada pasukan editorial dan pasukan penerbitan yang hebat, kami bertekad untuk menawarkan yang terbaik kepada pendengar,” ujarnya.

Lebih 400 klien SPH menghadiri acara perdagangan yang dianjurkan oleh Divisyen Pemasaran Bersepadu (IMD) SPH di Parkroyal on Pickering, di mana editor akhbar ST, BT, Lianhe Zaobao dan The New Paper juga berkongsi rancangan bagi masa depan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >