SPH dan StarHub meterai MOU manfaatkan peluang di ruang media tertumpu, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

SPH dan StarHub meterai MOU manfaatkan peluang di ruang media tertumpu

Mar 07, 2016 | 02:57 PM

SINGAPORE Press Holdings (SPH) dan StarHub telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) bagi menyertai projek bersama untuk memanfaatkan peluang dalam ruang media tertumpu, iaitu gabungan pelbagai bentuk media bagi menjadi satu platform.

Kerjasama itu akan meliputi bidang seperti jualan pengiklanan, penciptaan dan penerbitan kandungan silang media, analisis dan pemasaran data. Sebagai contoh, akan diadakan ada kempen bersama untuk membawa kandungan lebih kaya di seluruh platform media kedua-dua pertubuhan itu.

"Perkongsian dengan StarHub ini meluaskan lagi strategi kami untuk membina satu perniagaan berbilang platform yang bersepadu, yang lebih baik untuk memenuhi dengan lebih baik pembaca dan pengiklan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH, Encik Alan Chan.

SPH menerbitkan akhbar seperti Berita Harian, The Straits Times dan akhbar Cina Lianhe Zaobao.

"Bersama-sama, saya yakin kami boleh berada di barisan depan dalam landskap media yang sentiasa berubah," katanya.

Discover Malay Home Based Businesses

StarHub membawa kepada perkongsian itu produk televisyen dan kepakaran perniagaan mereka, manakala SPH menyumbang pengetahuan menghasilkan berita dan kandungan.

"Pelanggan boleh menjangka lebih banyak kandungan tempatan yang dekat dengan hati mereka, di seluruh platform," kata CEO StarHub, Encik Tan Tong Hai.

"Ahli perniagaan juga akan mengalu-alukan kerjasama kami dalam bidang jualan media kerana ia akan memberi mereka huraian pengiklanan lebih bersepadu," ujar beliau, sambil menambah bahawa perniagaan juga boleh mencapai penonton sasaran mereka dengan lebih berkesan.

Kerjasama antara SPH dan StarHub telah dijalankan lebih satu dekad.

Pada Mei 2003, mereka bersama-sama melancarkan saluran info-pendidikan percuma, Sars Channel, dengan penyiar nasional, MediaCorp. Ia menyiarkan program tentang penyakit sindrom pernafasan akut teruk dalam empat bahasa utama, dan dialek Cina terpilih.

Pada 2005, SPH juga menyediakan berita bagi pelanggan mudah alih Internet StarHub, i-mode.

Pada Ogos tahun lalu, dua syarikat itu bekerja bersama bagi menghasilkan dan menyiarkan sebuah rancangan bual bicara lapan episod, Ministerial Coffee Talk (Sembang Kopi Menteri).

Bulan lalu, StarHub menaja Anugerah Digital The Straits Times 2016, yang mengiktiraf alat, permainan dan inovasi terbaik pada tahun sebelumnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map