Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

SPH Digital lancar huraian kandungan pemasaran BrandInsider

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SPH Digital lancar huraian kandungan pemasaran BrandInsider

May 05, 2016 | 02:45 PM

UNIT digital Singapore Press Holdings (SPH) telah meningkatkan penawaran pemasaran kandungannya dengan pelancaran semula BrandInsider.

BrandInsider menyediakan huraian pemasaran kandungan kepada pengiklan setempat dan antarabangsa demi mendekati lebih ramai pembaca.

Ia sebelum ini dikenali sebagai The Content Studio, dibentuk pada 2014.

BrandInsider merupakan hab yang memaparkan jenama-jenama syarikat dalam bentuk kandungan artikel yang diterbitkan di wadah-wadah SPH seperti The Straits Times Online, AsiaOne, The Business Times dan Lianhe Zaobao.

Sejak 2014, pasukan BrandInsider telah meningkatkan tenaga pekerjanya dan telah menerbitkan lebih 60 inisiatif berjenama, termasuk Audi Singapore, Manulife, SIA dan Delta Air Lines.

Dengan pengetahuan mendalam tentang pembaca setempat, BrandInsider akan terus melancarkan projek-projek yang memaparkan pemasaran kandungan terbaik dengan menggunakan jalan cerita, visual dan video yang berkesan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3